Thursday, September 23, 2010

Sungguh, buku ni tak jiwang!

Dengan nama Allah, Tuhan  yang aku cintai.

Maha suci Allah, tuhan yang menggerakkan tangan ini untuk meminjam buku Munajat Cinta di Resource Centre.
Dibelek muka surat pertama, masyaAllah, sungguh indah penulisan Taufiqurrahman al-Azizy ini. Bait-bait kata, serta pemilihan kosa kata yang digunakan, cukup membuatkan aku merasa bangga mempunyai bahasa ibunda yang sungguh indah.

"Tertawan jiwaku oleh kenyataan pahit, dan tergadai diriku oleh kebimbangan. Adakah kelawar jantan itu sedang mencari betinanya, yang merindui sebuah musim untik beranak-pinak? atau apakah dia seekor betina, yang sedang menanti jantan dalam kekeringan dahaga cinta? Walau sendirian, sang kelawar terbang tanpa beban dan dalam kelimpahan kebebasan; sedang jiwaku terbelenggu dan menjadi tawanan ketidak pastian"

Kulit depannya sudah cukup untuk memberikanku satu buah fikir,
 'buku ini pasti menceritakan perihal cinta islami lagi! tidak cukup dengan ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, kitab cinta yusuf dan zulaikha, sekarang munajat cinta pula?'
aku gagahkan jua diri ini, untuk meminjamnya.
munajat cinta


Satu jam pertama membacanya, aku mula hairan. 
'bila akan muncul si laki-laki alim yang bakal menawan hati Ruwayda ni?'
Maka muncul satu nama, Budi.
'wah, ini pasti si alim nya!' bisik hati ini.
eh, hanya satu bab nama Budi disebut?
disusuli pula nama Ustaz Adib. Kusangka nah, ini dia hero cinta islami.
eh, bukan juga?
Amir, Hassan, Pras, juga bukan?

Baru aku sedar, bahawa Taufiqurrahman al-Azizy bukan mahu menyampaikan mesej cinta klise antara dua jiwa lelaki dan wanita, tetapi sebuah pencarian seorang wanita untuk mengenal dirinya, sebagai rukun dan syarat wajib cinta kepada Rabb, yang maha menciptakan.

"Sebelum kau bunuh diri, temukanlah jati dirimu."

"jati diri apa yang harus kucari?" tanyaku di tengah nafas yang hampir putus.

"siapakah engkau?"

"Ayda...Ruwayda nama saya," jawabku, lugu.

"Bukan! siapakah dirimu?!"

"siapakah saya?"

"Dirimu yang bukan namamu?"

"saya adalah puteri sulung daripada tiga bersaudara."

"dirimu yang bukan menjadi saudari adik-adikmu?"

"sungguh, saya tidak mengerti ucapan ustaz.Saya adalah puteri Pak Mansur dan Bu Layla...."

"dirimu yang bukan puteri kedua-dua orang tuamu?"

"aduhai guru saya yang bijaksana. kenapa ustaz bertanya kepada diri yang tengah dilanda kepedihan ini dengan pertanyaan yang semakin mebuat saya putus asa?"

"Siapakah dirimu dihadapan Allah s.w.t?"

"saya makhluk yang diciptakanNya."

"Bukan!"

"Katakan, ustaz...siapakah saya?"

"saya tidak tahu." jawab ustaz Habiburrahman.

"walau saya tidak tahu, saya tahu bahawa apabila engkau sudah mengenali dirimu, maka engkau akan mendapat kemuliaan dan kebahagiaan melebihi kemuliaan dan kelebihan yang pernah engkau rasakan dan pernah dimiliki oleh orang tuamu..."

"Ke mana saya mencarinya?"

"ikutlah nuranimu.."

maka Ruwayda pun pergi berhijrah, untuk 'bertemu' tuhannya.

aku cukup tertarik dengan tiga karakter di dalam buku ini.

Ustaz Habiburrahman, Pak Burhan, dan Raudhotul Jannah. mereka memiliki jiwa yang tenang, lisan yang basah memuji tuhannya, iman yang cantik, dan kebijaksanaan dalam tutur kata.

Bacailah ia, terutamanya para muslimah. Buku ini sarat dengan persoalan-persoalan yang aku sendiri tidak mampu jawab.

mengapa tiada nabi itu perempuan?
adakah mahar itu tanda kekuasaan lelaki terhadap wanita?
kalau lelaki dan wanita itu tidak sama, adakah tuhan itu adil?
adakah wanita itu semakin ia tidak keluar rumah, semakin baik lah ia?
apa benar perempuan itu lemah, kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok?
adakah wanita itu tidak berhak untuk bersuara dalam kalangan lelaki?
adakah dunia luar itu hanya untuk lelaki?
siapakah dirimu di sisi tuhan???

juga diselitkan oleh penulis dengan beberapa isu penting.

kumpulan ekstrim, yang menggangap mereka sahaja di dalam manhaj dan fikrah yang diterima Allah.
golongan feminis yang kononnya ingin mengembalikan hak wanita yang tertindas dalam Islam.

"Sudahkah engkau bertemukan dirimu Ayda?"

"Sudah, ayah. InsyaAllah..."kujawab dengan terbata-bata.

"Jadi, siapa dirimu?"

"Saya bukan siapa-siapa. Saya tidak tahu."

"Alhamdulillah, kalau begitu. Apakah yang engkau lihat sekarang?"

"Saya melihat kebenaran firmannya bahawa Dia telah menciptakan manusia dengan seindah-indahnya. Sayang sekali, keindahan ini sering kali dibuat buruk oleh manusia itu sendiri..."

Aku sangat menggalakkan sahabat di luar sana untuk membaca buku ini.

Kenalilah dirimu, untuk mengenali siapa tuhanmu.

Bacalah, dengan nama tuhanmu yang menciptakan!


4 comments:

aisyahrosli said...

wahhh..
macam best..

ck azri said...

isinya memang mantap.
tapi harus diberitahu, bahawa jalan ceritanya terdapat sedikit kelemahan dan kekurangan.
tapi masih bagus, untuk dihayati..
=)

nazrinafifi said...

thnx 4 da review bro!!

ck azri said...

xda hal nazrin..
tapi tak ada lah review mana pun.
pandangan je..hehe