alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan.
sebulan menjalani latihan. semestinya latihan ini lagi seronok daripada PLKN, tetapi lebih susah. Seronok kerana ianya bulan yang penuh berkat, tak cerita di sini pun semua orang dah tahu kan?
yang susah nya apabila nak di pastikan ianya adalah ramadhan yang terbaik.
tadabbur quran habis,
sedekah banyak,
qiamullail,
banyakkan amalan-amalan sunat
dan sebagainya.
tapi ianya sudah berlalu. nak menyesal pun tak guna, nak enjoy berlebih-lebih pun tak boleh.
nak dijadikan cerita........
27 Ramadhan 1431
adik mithali : kakzirah, awak tau tak, tadi umi call, cakap kali ni kita raya kat terengganu.
kakzirah : hah???!!!!!
adik mithali : betul, baru je tadi umi call.
kakzirah : kenapa kat ganu??
adik mithali : entah.kakzirah, orang ada idea.
kakzirah : apa??
adik mithali : jom lari rumah.kita raya kat kl. (muka teruja)
kakzirah : bengong. (dia buat muka)
buat pertama kali dalam sejarah seorang Che Ku Azri, 1 syawal akan disambut jauh dari kuantan. Terengganu.
oh ya, dua beradik tadi tak jadi lari rumah. gila ke apa.
30 Ramadhan 1431
si bapa : jom kita ronda-ronda kampung ni, jumpa sedara mara awak.
3beradik : ala ku, dah malam ni. malasnye......
si bapa : jom jom jom. jangan banyak bunyi.
3beradik : (dengan tidak relanya turun daripada rumah kayu itu mengikuti bapa mereka.)
'lawatan sosial' *bisik si adik lelaki*
habis satu kampung kami redah. rupa-rupanya semua yang ada di kampung Raja Tepoh ni boleh dikatakan ada pertalian darah. macam-macam rumah makcik kami pergi.
mok long,
ku tik,
ku mek.
pelik nama-nama nya? haha.. ada lagi yang nenek selalu sebut. ku long, ku jaroh, che engga, mok nik, dan banyak lagi nama-nama pelik. saya sendiri pun heran.
apa-apa pun lawatan sosial malam sebelum raya itu agak seronok.
rata-rata mereka ingat mati. bagus, mereka orang yang bijak. siapa cakap? nabi Muhammad yang cakap.
dan lagi satu yang menarik adalah mereka mengadakan pertandingan rumah paling meriah dengan pelita. dan ini antara gambar yang sempat saya ambil guna Nokia E90. sangat tak sesuai untuk night vision.
teringat zaman muda |
fuhh. semangat |
maaf untuk kualiti gambar yang sangat teruk |
Kami pun beraya seperti biasa.
dan berangkat pulang.
dah, malas nak cerita panjang.
Khulasahnya,
saya baru tahu nama moyang dan bapa kepada moyang saya.
ok, kalau buat macam orang arab,nama saya akan berbunyi seperti berikut.
Che Ku Azri Hakim ibn Che Ku Hamzah ibn Che Ku Ngah ibn Che Ku Itam ibn Raja Jusoh.
wow. saya dah agak, darah bangsawan mengalir dalam diriku ini. haha.
kenapa daripada 'Raja' jadi 'Che Ku' ??
nenek saya pun tak tahu. saya apatah lagi.
oh ya, saya panggil bapa saya 'ku'. ada yang panggil 'engku'.
ini menguatkan lagi kami yang bernama Che Ku ini memang berdarah bangsawan.
teori kami adik beradik,
"Raja Tepoh telah dibuang istana, dan ditempatkan di sebuah kampung yang terpencil. Raja Tepoh kemudiaannya membina kehidupan baru, dan kampung itu dinamakan Kampung Raja Tepoh, dan yang tinggal di dalamnya adalah kaum kerabat baginda.
termasuklah Raja Jusoh dan keturunannya"
dan satu lagi, bila balik kampung, ada tiga makhluk yang sering menghantui diri ini.
1) Lembu
2) kambung
3) Ayam.
setiap kali nampak makhluk-makhluk ini dan spesis yang seangkatan dengannya, saya dan adik beradik lain akan menjauhi mereka.
kenapa?
lembu macam nak kejar.
kambing macam nak tanduk.
ayam macam nak patuk.
ok, noktah!
huh. mereka sangat menakutkan |
dan satu lagi, bulan pada malam ini, 2 Syawal 1431 sangat cantik!
subhanallah!
(maaf lah kerana nokia E90 ini kameranya sangat tidak secanggih sony errickson)
atas bulan ada bintang, sangat cantik tak pernah lihat... |
taqabbalallahu minna wa minkum!
selamat hari raya!
9 comments:
haha lawak
oo keturunan bangsawan yer. nak duet raye lbeh r gini
tao x ayh aku penah ckp datuk kepada moyang aku name tok janggut. tapi tok janggut mane wallahua'lam
haha..
kau?
ada darah tok janggut?
aku rasa ayah ko refer pada tok yang berjanggut kot.
huhu.
kalo ko takut kucing, aku takut binatang ternakan.
hahaha
wah~
ada darah bangsawan.. haha
x rugi balik terengganu. aite?
=)
ecah..
haha..
ok la, x rugi.
tapi cukup sekali. sebab kalau banyak kali, ia akan jadi sangat tak sedap.
hehe..
ya, saya seorang kerabat..
di raja mana xtau..
ak xtaw nak komen apa,tp ak suka nak komen pres,bg pres tensi.yes3 =DD
xpe lah erna,
aku lagi susah hati kalo ko x
komen apa2..
haha
kampung aku di pondok tok kenali yee! darah ulama! hahaha.
tp kan.. tp kan... eh, xpelah. :P
zameer>> fuhh..
speechless..
tp kan..kan..kan..
grrrr..
berak tak basuh..cam ni lah. buat keje tak sudah
xyah nk brag la.. :P
ck empuk!
Post a Comment