Thursday, April 28, 2011

Alkisah Sang Raja Berlawak Mengundang Bala Sang Pencipta

Apabila dosa sudah 'dumurnikan', bersiap siaga menunggu bala yang bakal menimpa.....Allah...


Tergerak untuk menonton rancangan lawak melawak yang tengah hangat sekarang ni. Tidak dinafikan, tergelak juga la sekali dua.


Melihat dengan nafsu, tergelak tak ingat neraka.


Melihat dengan hati, tak mampu pun untuk tersenyum. 


Hati mula berfikir, betapa pentas itu pentas maksiat. Pentas yang dilaknat. Bukan kerana material pentas itu. Tapi kerana gelagat manusia yang memenuhi pentas itu. 


Apabila nama Allah menjadi bahan gurauan, ianya tidak lagi kelakar. Mempersenda tuhan agama lain sudah dilarang keras, apatah lagi Tuhan sendiri. Tuhan yang Maha Esa.


"Sesungguhnya mereka yang beriman itu apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dah apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Rabb lah mereka bertawakkal."
(al-Anfal, ayat 2)

Bukan calang-calang ciri hati yang beriman. Hati mereka bergetar. Laksana bergetar hati pencuri mendengar nama polis. Seperti bergetar hati rusa melihat serigala.Bahkan lebih hebat daripada gentaran itu.

Nama Allah bukan untuk dijadikan bahan gurauan. Apatah lagi dikaitkan dengan lawak dosa mencuri. Mencuri tabung surau. Sambil bersongkok dan berkopiah. Bodohlah diri ini yang gelak. Subhanallah.

Dahulu kecoh seketika, sebuah sitkom dilakonkan lelaki lagak wanita. Tak kalah dengan rambut palsunya, liuk lentok badannya. Lagi tebal solekannya, lagi kelakar. Bising seketika kerana ketika itu masyarakat masih sedar bahana mempersenda amaran Nabi.

Kini kita sudah mula kelabu. Kita sebagai penonton sudah mula jadi dungu. Menadah semua yang dipapar, seperti lupa ada Kuasa yang memerhati. Ada pencatat di kanan kiri. 

"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan."
 (Bukhari dan Muslim)

"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." 
(Abu Daud dan Al-Hakim)

Kita gelak melihat manusia mengundang kutukan Allah.

Terbahak-bahak ketawa menanti laknat Allah.

Berlawak jenaka itu tidak salah. Ianya menjadi salah apabila melanggar syariat. Apabila soal agama bakul sampahkan. 

Dimana pihak berkuasa? Dimana badan-badan agama? Dimana peranan kita? Sibuk bergaduh isu video seks, sibuk berdebat syiah dan sunni, bertelingkah isu wahabi tak sudah-sudah. Jadi buta maksiat dihidang depan mata. 
Jangan sampai ditimpa bala baru nak 'postmortem'!

Bukan tak bersebab seorang juri menarik diri, apabila iman sudah menjengah hati. 

Ianya bukan isu 'penerimaan' bahan gurauan.


bukan isu 'tak open minded'


bukan isu dengki.


Ianya melibatkan laknat tuhan. laknat bukan sebarang laknat.


p/s: tiada gambar diletak, kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Untuk lebih dalil dan hukum, blog ini agak membantu.

5 comments:

Nina Mazlan said...

haa, aku pon perasan banyak lawak2 yg menyentuh sensitiviti agama =.=

btw, like! mesej sgt sampai :))

ck azri said...

alhamdulillah, semoga bermanfaat.
awal-awal nak buat 'disclaimer', aku tak cakap yang tonton rancangan tu berdosa,dosa pahala bukan bidang kerja saya. cuma minta untuk tengok dengan mata hati. supaya lebih peka.

Anonymous said...

gelak berlebihan kan memang tak elok.
orang kata, ilmu banyak keluar, and gelak melekakan, membuatkan kita lupa pada Pencipta kita.

btw,bahasa melayu dalam post ni sangat awesome.

ck azri said...

sangat awesome?? haha.. rasa macam ada lagi salah kot tapi tak pandai dah nak periksa.

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

jadi tugas kita sebagai hamba yang lebih faham akan hal ni utk buat hambanya yg kurang faham menjadi lebih faham =) teruskan usaha!!