Friday, March 18, 2011

Cantik Tudung Akak!

Dengan Nama Allah Yang Maha Terpuji

Sebuah entri pendek, setelah 3 bulan 'melarikan diri' daripada dunia blog.


Dulu-dulu Kak Yuna kita ni mula terkenal, ramai lah akak-akak, adik-adik, makcik-makcik yang mula meniru  gaya bertudung beliau. tak semena-mena tudung bawal hilang populariti. Kau toleh kanan, ada Yuni. Toleh kiri, ada Yunu. Tudung Yuna dimana-mana.


Sekarang ni, kalau kau dah rajin pergi bandar, kau akan mula nampak akak-akak bertudung aneh. Ha, gaya ni diilhamkan oleh Hana Tajima, kawan baik Kak Yuna. Selendang yuna yang melekat di kepala tu diganti oleh 'shawl' macam ni. Virus ni masih baru dan masih belum menjangkiti makcik-makcik. Lepas ni kalau anda pergi bandar, cuba perhatikan betul-betul, berapa ramai yang bertudung macam ni? haha..

SOALAN SEBENAR

Satu soalan nak tanya boleh?

Agak-agak kalau satu hari nanti terbuka hati Kak Yuna nak bertudung labuh, akak-akak,adik-adik,makcik-makcik, nak ikut tak Kak Yuna?

13 comments:

aisyahrosli said...

A very good question to ponder on.

ck azri said...

hmm.. just came across my mind after an outing at ECM..huhu

Nina Mazlan said...

heee pres ^_^!

zameer.zaihan said...

buruk ah gadis ber'shawl'! *bapak direct*

طالب الحب said...

urm, x syok la pulak bila guna kata nama khas .. ke camne ?

anyway, menarek gak soalan tuh .. possibility tu ade kot .. tp nk kena kerja kuat2 n sampaikan islam yg sebenar kt sume org la kan ?
ke camne ?

=)

ck azri said...

zetot>> ermm..saya guna nama mereka sebagai merujuk mereka sebagai 'trend-setter' fesyen bertudung di negara ni..tujuan sebenar adalah soalan dan teguran kepada adik-adik, akak-akak, dan makcik-makcik yang secara umumnya..rasanya ok kot.
ke, macam mana? kalau ada pandangan lain, beritahu je la.. boleh diubahsuai.

luqman said...

aishh..tu fesyen tudng kat mesir tu ck!!haha..dah ckop terseksa ak tgk kat mesir..xkan kat malaysia pon dah merebak kot!

طالب الحب said...

urm, mcm tu lah kot ..
tu jek la pandangan sy ..

=)

ck azri said...

man>> o ye ke? ooo,ingat malaysia baru nak perkenalkan..isk3..yang mana satu ni, yang gambar atas ke, bawah?

zetot>>ouh..hehe. ok trima kasih

ibu said...

Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)
Mari kita teliti hadis diatas, amat tepat sebenarnya. Kita asyik mengikut saja. Agak-agaknya kalau kita teliti akar pereka sampai tak kepada mereka?

ck azri said...

ibu>> wallahua'lam..mungkin sahaja idea asalnya datang daripada muslim yang masih kurang faham pasal konsep menutup aurat dalam islam..

budak nak straight A* said...

setuju doe pasal tudung bawal hilang populariti.

baru2 ni aku pergi pasar malam,sebab konon2nya nak usha tudung nak bawak pergi oversea.

tapi, hampa.

takde satu kedai pun jual tudung yg jenis kain licin and bawal.

banyak shawl ngan tudung ekin tu jer.

and yeah betul, ramai perempuan skang yang dah keliru sebab pertama memakai tudung itu.

Anonymous said...

Kia pun satu hal jugak! Sibuk dok kata tuung sana tudung sini tapi aurat tak reti tutup jugak! Kepala, dada elok je bertut rapi tapi, benjol nampak juga, pergelangan tangan pun nampak, kaki tak pakai sock: serupa tak tutup airt jugaklah cek oooi!!! Apa citer? Sedap mengumpat nampak!