Saturday, March 10, 2012

Mencari Aku Yang Dulu

Dengan nama Allah, maha Pengasih, maha Penyayang.

Sudah lama aku tidak menulis. Sudah lama hati tak terusik barang kali. Bahkan ini entri pertama sejak aku berada di bumi UK.

Aku berasa cukup susah. Susah hati melihat keadaan diri. Tiada sahabat mengajak ke surau. Tiada lagi insan yang dulunya tidak pernah lelah untuk kejut aku bangun subuh. Lumpuh, aku rasa lumpuh iman sejak berada disini.

Dimana harus kucari sahabat seperti dulu. Dimana harus kucari diriku yang dahulu. Masih dikejar bayang-bayang jawatan itu dan ini. Kau dahulu seorang itu dan seorang ini. Allah!

Aku meindui kemanisan beribadah yang pernah dirasai dulu.

Terus menerus aku cemburu dan iri hati dengan sahabat yang semakin hebat ilmu agamanya. Tatkala aku terus diheret dan dipalit dengan dosa, bagaimana kalau esok malaikat maut datang menjemput!

Jauh merenung kedalam diri, entah. Aku sendiri pun tidak pasti.

Aku pohon doa kalian, agar aku tetap tabah.

3 comments:

Anonymous said...

Kerana manusia itu selalu mengharapkan manusia lain..
bknkah Allah sentiasa ada dekatt dgn anda?
mintalah pertolongan kepadaNya, semoga Dia menghantar tenteraNya utk anda ..

oh, bersyukurlah . sekurang-kurangnya, Allah masih menyayangi anda dgn mencampakkan perasaan rindu itu ..

p.e.a.c.e
=)

Anonymous said...

tp Allah tu Maha Mengetahui dan Dia tgk pd usaha bukannya hasil. yg penting, teruskan mujahadah. insyaallah kalau kita berjalan kepadaNya, Dia akan berlari lari kpd kita..
be strong ya akhi!

-kerana sy kwn awak-

aLi said...

moga ketemu apa yang dicari.
moga terus thabat dalam perjuangan~
heh.