Senarai semak langkah pertama sebelum anda ke UK:
1)Personal statement
2)UCAS application
3)List of Universities (of course, if you are sponsored)
4)MABECS
5)Reply from Universities
Baiklah, saya nak ulas (1) dan (5)
Kadang-kadang saya pernah terfikir, PS ni untuk apa ya?
-Ada yang betul-betul buat untuk dapat uni yang bagus.
-Ada yang 'copy paste' je sebab dia sangat malas.
-Ada yang buat sebab dia memang kiasu.
-Ada yang buat sebab dia nak orang MABECS puji dia. Dan dia rasa sangat bagus lepas jumpa dengan orang MABECS sebab orang tu cakap PS dia mantap. (padahal lepas tunjuk kat referee banyak je yang kena ubah. haha)
-Ada yang buat sebab dia nak tunjuk kat referee dia. Dia nak referee dia cakap "your PS is the best so far."
-Ada yang buat sebab nak tunjuk kat junior dia. Nak cakap yang PS dia bagus.
Setiap orang akan cuba untuk buktikan sesuatu dengan PS diorang. Betulkan niat ck..Betulkan niat..
Dan ini yang paling kritikal sekarang ni. Semua pelajar KYUEM yang bergelar 'senior' tiap-tiap hari buka email.Ada yang buka 3 kali sehari. (ok, saya jatuh bawah kategori ni). Lagi kritikal ada yang periksa setiap jam. Bagi pemilik Blackberry, setiap email yang masuk kat telefon canggih tu diharapkan dapat memberi 'sinar' dalam hidup mereka. Kot-kot ada email daripada UCAS. Ada yang lagi tak sabar buka UCAS Track terus.
Apa yang saya cuba nak cakap??
Macam ni. Ada yang menanti-nanti, sampai sekarang satu uni pun tak balas. Yang ni saya tumpang kesian. Kalau saya di kedudukan diorang ni, tak keruan dibuatnya. Macam-macam rasa.
"aku salah bagi email ke??"
"application aku kena reject ke??"
"application aku tak sampai kat uni tu ke??"
"predicted aku teruk sangat ke??"
"PS aku tak best ke??"
Buat kalian yang berada dalam kedudukan ni, harap banyak bersabar. Orang putih kata, "save the best for the last". Mana tahu rezeki kalian kat hujung-hujung baru timbul.. =)
Ada juga yang kena tolak. Atau istilah yang biasa digunakan, kena reject. Bersabarlah.
Golongan seterusnya ni yang saya risau. Sebab saya rasa saya dah jatuh bawah kategori ni.
Dah dapat email balas daripada uni yang dikehendaki, tapi masih mengharap balas daripada uni lain. Ok, katakanlah dia memang nak jadikan Southampton sebagai dia punya firm. Dah dapat. Lepas tu dia nak jadikan Bath sebagai insurance. Pun dah dapat. Tapi masih gelisah, sebab uni lain tak reply.
Ha, saya lah tu.
Semata-mata nak bangga kau dapat reply dari semua uni kan??
"gila gempak dowh kau dapat reply dari semua uni. Mesti PS kau mantap gila. Tak pon predicted kau mantap" lalu tersenyum kebanggaan.
(tidak dinafikan, ramai dan kebanyakan kesnya mereka yang nak email balas daripada sebanyak mana uni sebab nak dapatkan conditional yang paling rendah untuk dijadikan insurance.)
Niat sudah salah, lu pikir lah sendiri..
Astaghfirullah..
Apa yang saya cuba sampaikan adalah tentang niat. Macam mana perkara yang kita nampak hanya berunsur duniawi sangat menuntut hati yang ikhlas dalam mengerjakannya. Kata hidup dan mati adalah semata-mata kerana Allah.
عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه”. البخارى ومسلم.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.
Betulkan niat CK.. Betulkan niat...
10 comments:
ck2. haha. btw, mabruk! barakallahu lak.
tahniah aey :) may the final sem be the best~
ck,pres! da dpt soton?waaa,itu sgt xaci T.T tp xpela,aku da dpt uni firm aku.soton nk insurance.xdapat pon,ak amik jela ape yg ada.ngaa :DD btw,cogratz ^^
perghh ck!!gudlarkkk!!!
ko mmg gempaq+power+bom bom cak!^^
terima kasih kepada semua ucapan tahniah.. doakan kami untuk final sem ye..
ernaq>> bagus.. bersyukur..hehe
luqman>> bom bom caq..itu sangat comel..hahaha.. apa-apa pun, ko faham ke entri ni? istilah yang aku gunakan sangat menuntut kefahaman sistem a level..haha.
haha..xde la ak jahil terus,ak un penah nak teringin nak amek a level+ikut jejak langkah ko,so i should really know bout that.huhu.but,i cant made it,so i'm glad to hear such a fantastic news from u !!btw,wish me da best k in this medical school^^
heheh..
nak buat camna takda rezeki..
aku jugak ternanti-nanti ko masuk kolej aku.. tapi nak buat camna, Allah penentu terbaik..
btw, if i were to visit middle east, i want you to be my tour guide.hehe
tiket tak mahal kan??
"save the best for the last"
aku suke :D
haha..
i'm glad you love it..
wah..saya berbunyi sangat seperti orang putih..haha
hai ck, still remember me?
frm sc dungun.
like this post. doakan aku dpt scholarships. :))
Post a Comment