Saturday, November 20, 2010

Nekad

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..Berilah aku kekuatan..

NEKAD
Mula-mula saya masuk KYUEM. Semua orang tanya "weh, ko ada facebook tak?".
Di kejauhan, saya cuba mengelak orang-orang ini. Saya segan. Segan nak cakap yang saya ada Friendster je masa tu.

Selepas 2 minggu, tekanannya semakin hebat.

Akhirnya saya akur. Saya nekad. Demi bergerak bersama arus perdana... Maka wujudlah CK AZRI di laman web sosial facebook.
Harus saya akui, facebook memang ada auranya yang tersendiri. Atau lebih tepat lagi, mat salleh cakap 'addictive'.

Hari ini, tanggal 21 November 2010, jam 1.37 pagi, saya nekad. Nekad untuk tinggalkan facebook.

Ianya banyak melekakan. Memang, banyak kebaikannya. Kongsi artikel islamik, video keinsafan, isu semasa. Tapi keburukannya (pada saya) mengatasi kebaikan yang ada.

Ha, baru je Ustaz usrah saya cakap, memetik kata-kata ulama' (saya tak ingat namanya) "apabila pintu keburukan terbuka, pada masa yang sama pintu kebaikan juga ada,dan jika hanya mampu memilih salah satu antara keduanya, maka menutup pintu keburukan itu lebih utama.."

Ya Allah, semoga ini jalan terbaik untukku.
Semoga selepas ini aku lebih kerap menghadap Kitabmu.
Semoga saja aku terlepas dari segala kemaksiatan dan pintu fitnah.
Selamatkan aku Ya Allah.

"عَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ"
  
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."    (Al-Baqarah: 216) 


Semoga ini hijrah terbaik.

Selamat tinggal Facebook!

p/s: ini adalah keputusan peribadi penulis. Bukanlah saya bermaksud anda yang mempunyai akaun facebook sering melakukan maksiat dan berdosa. Ianya hanyalah kerana kelemahan saya sebagai seorang manusia yang mudah tergugat imannya. Saya yakin, InsyaAllah, anda seorang yang kuat dalam bermujahadah, maka teruskanlah. Kerana usaha dakwah tidak mengenal medium, masa dan tempat. Teruskan berdakwah wahai du'at!

8 comments:

Dzatil Awanis said...

ck ko deactivate selama-lamanya ke?

ck azri said...

amboi dzatil.. a ah.. aku tukar password, tapi aku sendiri tak tahu apa password baru tu. haa, dah tak boleh ah nak log in dah.. forever and ever.. =)
jom join..

Dzatil Awanis said...

fuhh cepat ko reply ekk haha. emm tengok la macam mane aku penah deactivate bape kali ntah sebelum ni last2 activate balik. macam ape jer kan =.='

btw ko x ngantok lagi ke? kalo x on ym jap weh nak tanye soalan

zameer.zaihan said...

ck, :(

Nina Mazlan said...

=.=

Anonymous said...

eh, kau pown delete? (bkn deactivate?)
aku bukak fesbuk biler habis spm, nthen biler masok ky rase lain mcm (in my own way), tros aku delete ngeh3
insyaAllah lepas habis alevel aku ingat nak bukak balek :3

ck azri said...

safwan>> apa yang pelik?? ada unsur iluminati ek?? haha

Anonymous said...

pahit tapi benar..