Thursday, March 4, 2010

TANAH ARAB>> Bermulanya Islam (Bhg 1)

Islam pernah diserang oleh dakwaan yang mengatakan bahawa agama yang makin mendapat perhatian ramai ini hanyalah agama yang sesuai untuk orang Arab sahaja. Alasan mereka amat mudah iaitu, Arab seolah-olah mendominasi agama Islam. Tempat suci bagi Islam (Mekah dan Madinah) terletak di negara Arab, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, hinggakan rasul junjungan mulia sendiri iaitu Rasululullah S.A.W lahir dari tanah Arab. Kitab yang menjadi pegangan orang Islam masih lagi dalam bahasa yang datang dari tanah Arab sedangkan penganut agama Islam sudah bertebaran di serata dunia. Mengapakah tanah Arab menjadi pilihan untuk terpancarnya sinar iman dan Islam ke serata dunia?

Untuk meneliti hal ini, kita mestilah melihat kepada sudut geografi Tanah Arab pada ketika itu dan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sezaman yang ana maksudkan ini termasuklah manusia yang hidup sebelum kelahiran rasul junjungan tetapi tidaklah jarak masanya dengan kelahiran nabi terlalu jauh. Bolehlah dikatakan zaman pasca kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Sepertimana yang antum tahu, Nabi Muhammad merupakan manusia berbangsa Arab dan lahir di Tanah Arab atau lebih spesifik di tanah Hijaz yang kering-kontang, gersang dan jauh daripada ketamadunan. Perkataan Arab dari segi bahasa membawa maksud “Padang pasir, tanah gersang serta tidak mempunyai sumber air dan tumbuh-tumbuhan”. Dari sudut lokasinya, Semenanjung Arab terletak antara beberapa benua yang terkenal kerana benua-benua ini dikuasai oleh kuasa-kuasa besar ketika itu.

Benua-benua yang mengelilingi Tanah Arab berhubung dari darat dan laut. Kawasan barat laut tanah Arab adalah pintu masuk ke benua Afrika, sementara kawasan barat dayanya ialah pintu masuk ke benua Eropah. Disebabkan kedudukan geografinya, kawasan utara Semenanjung Arab dan selatannya menjadi tempat persinggahan bangsa-bangsa serata dunia serta pusat pertukaran perdagangan, kebudayaan dan kesenian. Walau bagaimanapun, tempat kelahiran nabi bukanlah di utara mahupun di selatan Semenanjung Arab yang penuh dengan kegiatan-kegiatan sosial dan perdagangan. Rasulullah lahir di tengah-tengah Semenanjung Arab iaitu di Mekah.

Mekah yang terletak di kawasan yang kering dan padang pasir menjadikannya kurang mendapat perhatian daripada golongan penjajah meskipun lokasinya terletak di tengah-tengah dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Menurut Safiyyu Ar-Rahman Al-Mubarakfuri dalam kitabnya “Ar-Raheeq Al-Makhtum”, beliau menegaskan bahawa keadaan geografi Semenanjung Arab yang dikelilingi padang pasir menjadi satu kepentingan yang besar. Faktor ini menyebabkan Tanah Arab sukar dijajah oleh orang-orang asing yang ingin melebarkan kawasan pengaruh mereka. Oleh sebab itu, penduduk Arab rata-ratanya adalah bangsa yang merdeka dalam segenap aspek sejak zaman berzaman walaupun pada hakikatnya mereka berjiran

insyaAllah akan bersambung......

1 comment:

Ameen Muslim said...

Assalamualaikum,

Nice entry ya. Part perenggan last, ana pernah dgr antara punca Rom dan Parsi xnak takluki tanah Arab (sblm kdtgn Nabi Muhammad) disebabkan sikap org arab jahiliyah yg sangat teruk sehinggakan rom dan parsi takut kerajaan mereka dipengaruhi budaya arab time tu. Contohnya, bertaruh jantina dlm kandungan perempuan. Mereka akan belah perut perempuan tu hidup2 dan keluarkan bayi utk lihat jantinanya. Itu yg menakutkan rom dan pasri - antara faktor xnak jajah. byk lg faktor lain contohnya mcm di atas.

ana nantikan sambungannya. nice!