Wednesday, March 17, 2010

alien mendarat di bumi


tersebutlah al-kisah pada suatu petang, tahun 2010. seekor alien telah terbabas di bumi, kebetulannya, dia jatuh kat malaysia...
selepas seharian bersiar2, dia sudahpun menyelidik dan membaca akhbar tentang perkara2 yang berlaku di bumi....
pada suatu hari, alien ni terserempak dengan seekor itik yang sangat tinggi kecintaannya terhadap bumi...

alien : $#& hai &@!
(sambil mengangkat tangannya yang ada tiga je jari)

itik : h..ha...hai..
(itik terpinga2 nak menjawab. terkejut tgk alien)

alien : *&%#? tumpang tanya, kenapa ramai sangat mat rempit kat bumi ni?? ^#@~!
(itik berfikir seketika, kemudian tersenyum. dia ada jawapan yang bernas untuk membidas soalan alien bagi menyelamatkan maruah penduduk bumi)

itik : en alien, sebenarny......
(tak sempat jawab, alien tanya lagi)

alien : dan mengapa begitu ramai orang yang bertelagah sesama sendiri??? ^$@!$)?
(itik juga mampu memberi jawapan utk soalan ini, bagi mengangkat martabat bumi di mata alien.)

itik : owh, itu senang saja..kami sebenarn............
(alien mencelah lagi)

alien : &^$#! kenapa banyak sangat bayi luar nikah dibuang, dibunuh dan dibakar???
(itik masih maintain mukanya. dia masih bangga akan bumi dan ingin mempertahankannya)

itik : en. alien, saya ras.............
(alien tanya lagi. kali ni bertubi2)

alien : $#!@# dan jugak mengapa zina seperti biasa je kat bumi ni..tak malu ke??
kenapa ramai sangat orang ditindas????
kenapa riba diamalkan?? tak rasa dianiaya ke???
kenapa banyak peperangan??
kenapa ramai muda mudi rosak akhlaknya????
kenapa banyak berlaku rasuah dan pecah amanah????
(air muka si itik mula berubah. dia baru sedar, bumi yang disangkanya sangat best ni, yang dibangga2kannya ini sebenarnya sangat teruk..si alien masih mengajukan soalan bertubi2)

akhirnya......

itik : ENCIK ALIEN!!! SAYA BUKAN PENDUDUK BUMI.
(itik sudah tidak tahu bagaiman nak menyelamatkan maruah bumi. dia beredar cepat2 sambil menutup mukanya. malu. malu dengan keadaan bumi yang sudah rosak)

p/s; ayam itik pun malu nak ngaku sebagai warga bumi melihatkan keadaan kita skrg ni.. hmmm~




5 comments:

Dzatil Awanis said...

sangat setuju sekali. umat islam skrg da kembali ke zaman jahiliah dlu. zina berleluasa, kes bunuh anak apatah lagi. x ckup dengan bunuh, dorang bakar plak. *arghhh geram!*

rasulullah SAW sendiri pn da tahu dan prnah bersabda, "islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing"

semoga kita dijauhkan daripada golongan tersebut insyaAllah. ameeen.

p/s : nice one! pndai ko wt cter yer :)

Nina Mazlan said...

pres, sumpah klakar.walaupun beri pengajaran, tp ak xley berenti gelak.hak3..bgus3!

ck azri said...

alhamdulillah..

Allah beri ilham wat crita ni malam smalam, tros wat lah, takut lupa..

semoga ramai dpt manfaat drpdnya dan terhibur..

\(^_^)/

Ameen Muslim said...

SALAM.
menarik entry ni. analogi yg unik dan penuh pengajaran.

aisyahrosli said...

nice one..
hehe..