Wednesday, March 17, 2010

alien mendarat di bumi


tersebutlah al-kisah pada suatu petang, tahun 2010. seekor alien telah terbabas di bumi, kebetulannya, dia jatuh kat malaysia...
selepas seharian bersiar2, dia sudahpun menyelidik dan membaca akhbar tentang perkara2 yang berlaku di bumi....
pada suatu hari, alien ni terserempak dengan seekor itik yang sangat tinggi kecintaannya terhadap bumi...

alien : $#& hai &@!
(sambil mengangkat tangannya yang ada tiga je jari)

itik : h..ha...hai..
(itik terpinga2 nak menjawab. terkejut tgk alien)

alien : *&%#? tumpang tanya, kenapa ramai sangat mat rempit kat bumi ni?? ^#@~!
(itik berfikir seketika, kemudian tersenyum. dia ada jawapan yang bernas untuk membidas soalan alien bagi menyelamatkan maruah penduduk bumi)

itik : en alien, sebenarny......
(tak sempat jawab, alien tanya lagi)

alien : dan mengapa begitu ramai orang yang bertelagah sesama sendiri??? ^$@!$)?
(itik juga mampu memberi jawapan utk soalan ini, bagi mengangkat martabat bumi di mata alien.)

itik : owh, itu senang saja..kami sebenarn............
(alien mencelah lagi)

alien : &^$#! kenapa banyak sangat bayi luar nikah dibuang, dibunuh dan dibakar???
(itik masih maintain mukanya. dia masih bangga akan bumi dan ingin mempertahankannya)

itik : en. alien, saya ras.............
(alien tanya lagi. kali ni bertubi2)

alien : $#!@# dan jugak mengapa zina seperti biasa je kat bumi ni..tak malu ke??
kenapa ramai sangat orang ditindas????
kenapa riba diamalkan?? tak rasa dianiaya ke???
kenapa banyak peperangan??
kenapa ramai muda mudi rosak akhlaknya????
kenapa banyak berlaku rasuah dan pecah amanah????
(air muka si itik mula berubah. dia baru sedar, bumi yang disangkanya sangat best ni, yang dibangga2kannya ini sebenarnya sangat teruk..si alien masih mengajukan soalan bertubi2)

akhirnya......

itik : ENCIK ALIEN!!! SAYA BUKAN PENDUDUK BUMI.
(itik sudah tidak tahu bagaiman nak menyelamatkan maruah bumi. dia beredar cepat2 sambil menutup mukanya. malu. malu dengan keadaan bumi yang sudah rosak)

p/s; ayam itik pun malu nak ngaku sebagai warga bumi melihatkan keadaan kita skrg ni.. hmmm~




lapang (^_^) sebelum sempit (~_~)`

bismillahirrahmanirrahim...
cuti menjadi best kerana...

1) kami merasai nikmat air bersih.air tak kuning.air tak berkeladak.. wee~
2) kelajuan air yang keluar drpd paip bertambah.. horey~
3) internet laju gilerrrrrr!!!
4) boleh bangun pada pukul suka hati anda.. wee~
5) ada washing machine. tak payah bilang 6 helai, pastu catit jenis pakaian yg dihantar. =)
6) and the list goes on and on....

alangkah tak syok nye cuti...

1) tahap kelajuan duit yang keluar drpd wallet semakin membimbangkan.. =(
2) banyaknye godaan utk tidak berjemaah di masjid!!!
3) dugaan utk ke bandar menyerang dari pelbagai sudut..
4)takde kekuatan nak stdy.. natijahnye, bila balik kolej, berlakulah sindrom penyesalan. ayat2 yang biasa diutarakan "kenapalah aku tak stdy kat rumah???!!!" sambil menggaru2 kepala.
5) nak kena naik bas pergi balik.. pastu pergi pudu yang ramai orang. *rimas*
6) and the list stops here.






Saturday, March 6, 2010

TANAH ARAB>> Bermulanya Islam (Bhg 2)

Dunia pada waktu itu bolehlah dikatakan telah dikuasai oleh dua kerajaan yang gagah iaitu Parsi dan Rom. Rom merupakan satu tamadun yang mempunyai kesinambungan dari tamadun Yunani. Kerajaan Rom mempunyai semangat yang tinggi untuk melebarkan jalur kuasanya. Kedaulatan dan ‘supremacy’ ke atas negara-negara asing merupakan matlamatnya yang tertinggi. Rom juga pada waktu itu berada dalam arena perjuangan untuk memodenisasikan agama Kristian supaya agama ini selari dengan kehendak dan cita-cita pemerintah. Secara umumnya, dapatlah kita katakan agama yang menjadi pegangan kuat Rom ialah Kristian.

Manakala Kerajaan Parsi pula, pemerintah dan pembesar keseluruhannya menganut agama Majusi. Parsi mengalami masalah keruntuhan moral yang kritikal dalam kalangan rakyatnya. Struktur sosial rumah tangga dan masyarakat bercelaru kerana perkahwinan sesama ahli keluarga dibenarkan. Anak lelaki dibolehkan berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Kerosakan nilai dan moral yang dialami oleh kerajaan Rom dan Parsi adalah disebabkan oleh penumpuan yang sepenuhnya ke arah kemajuan berteraskan material semata-mata. Nilai-nilai murni dan budi pekerti luhur dinafikan peranannya dalam pembinaan tamadun. Di Semenanjung Arab pula, penduduknya tidaklah hidup dalam gejala sosial yang berpunca daripada politik pemerintah dan tidak pula menikmati kemewahan material sepertimana yang terdapat di Rom dan Parsi. Mereka langsung tidak menganut apa-apa falsafah dan idealogi yang dibawa oleh kedua-dua buah kuasa besar tadi.

Orang Arab pada waktu itu hanyalah mengalami ketandusan ilmu pengetahuan yang dapat menyuluh jalan kehidupan mereka. Mereka hidup dalam keadaan jahiliah. Dalam Al-Quran ada diterangkan tentang kejahilan masyarakat Aràb.

Maksudnya: “Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang yang telah sesat”

Tidak pernah terdapat dalam coretan sejarah yang menceritakan tentang keunikan tamadun Arab pada zaman pasca kelahiran Nabi Muhammad, tetapi yang ada hanyalah kemerosotan akhlak, kejahilan ilmu dan kemelut sosial yang menghimpit penduduk Arab ketika itu.

Jika ditinjau daripada latar belakang masyarakat dan kedudukan geografi pada zaman Rasulullah, dapatlah kita gali hikmah-hikmah di sebalik pemilihan Tanah Arab sebagai lokasi strategik yang menjadi tempat bermulanya obor-obor dakwah islamiah. Tanah Arab yang terletak di tengah-tengah glob menjadikannya strategik ke arah tersebarnya Islam. Islam tersebar dari kawasan yang dikelilingi pelbagai bangsa. Hal ini memudahkan penyebaran Islam sama ada dari segi dakwah mahupun perluasan wilayah. Islam seolah-olah bermula daripada satu titik dan makin lama titik itu berkembang merentasi dunia.

Diutuskan Nabi Muhammad di kawasan yang bebas daripada pengaruh mana-mana kerajaan besar menjadi hujah yang konkrit untuk menangkis syak wasangka terhadap Rasulullah. Syak wasangka yang mungkin timbul ialah adakah Rasulullah ini membawa risalah Islamiah yang muncul daripada pemikiran Rom dan Parsi. Sangkaan buruk terhadap Rasulullah yang mendakwa baginda membawa ajaran kerana mempunyai kepentingan politik juga dapat dihindarkan. Rasulullah juga diutuskan dalam keadaan buta huruf bagi menolak pandangan musuh Islam yang mendakwa baginda menulis sendiri Al-Quran. Disebabkan Al-Quran diturunkan di Tanah Arab, maka tuduhan yang mengatakan bahawa Al-Quran itu hasil daripada fahaman Romawi, Parsi dan Yunani dapatlah ditolak bulat-bulat.

Namun, perlulah kita ingat bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah berhak mengatur mengikut kehendak-Nya. Bukanlah bermakna Allah memilih Tanah Arab sebagai tempat terpancarnya iman oleh sebab untuk mengelakkan bebanan. Sekiranya Allah mahu utuskan nabi di kawasan-kawasan lain selain Tanah Arab, maka itu tidaklah menjadi masalah bagiNya. Nescaya, Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya dakwahnya sepertimana yang berlaku di Semenanjung Arab.

Oleh itu, antum sekalian, ingatlah bahawa Allah tidaklah merancang atau mengatur sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaan dan perancangan Allah membawa seribu makna dan hikmah yang mungkin tidak dapat digapai oleh ilmu manusia. Namun, itu tidak bermakna kita perlu berhenti berfikir. Tuntutlah ilmu, berfikirlah tentang kejadian-kejadian Allah di muka bumi, maka insya Allah, diri antum akan hampir dengan Allah.

Diadaptasi daripada

Fiqh Al-Sirah karya Sa’id Ramadan Al-Buti

Nukilan : Muaz Muawiz

Thursday, March 4, 2010

TANAH ARAB>> Bermulanya Islam (Bhg 1)

Islam pernah diserang oleh dakwaan yang mengatakan bahawa agama yang makin mendapat perhatian ramai ini hanyalah agama yang sesuai untuk orang Arab sahaja. Alasan mereka amat mudah iaitu, Arab seolah-olah mendominasi agama Islam. Tempat suci bagi Islam (Mekah dan Madinah) terletak di negara Arab, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, hinggakan rasul junjungan mulia sendiri iaitu Rasululullah S.A.W lahir dari tanah Arab. Kitab yang menjadi pegangan orang Islam masih lagi dalam bahasa yang datang dari tanah Arab sedangkan penganut agama Islam sudah bertebaran di serata dunia. Mengapakah tanah Arab menjadi pilihan untuk terpancarnya sinar iman dan Islam ke serata dunia?

Untuk meneliti hal ini, kita mestilah melihat kepada sudut geografi Tanah Arab pada ketika itu dan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sezaman yang ana maksudkan ini termasuklah manusia yang hidup sebelum kelahiran rasul junjungan tetapi tidaklah jarak masanya dengan kelahiran nabi terlalu jauh. Bolehlah dikatakan zaman pasca kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Sepertimana yang antum tahu, Nabi Muhammad merupakan manusia berbangsa Arab dan lahir di Tanah Arab atau lebih spesifik di tanah Hijaz yang kering-kontang, gersang dan jauh daripada ketamadunan. Perkataan Arab dari segi bahasa membawa maksud “Padang pasir, tanah gersang serta tidak mempunyai sumber air dan tumbuh-tumbuhan”. Dari sudut lokasinya, Semenanjung Arab terletak antara beberapa benua yang terkenal kerana benua-benua ini dikuasai oleh kuasa-kuasa besar ketika itu.

Benua-benua yang mengelilingi Tanah Arab berhubung dari darat dan laut. Kawasan barat laut tanah Arab adalah pintu masuk ke benua Afrika, sementara kawasan barat dayanya ialah pintu masuk ke benua Eropah. Disebabkan kedudukan geografinya, kawasan utara Semenanjung Arab dan selatannya menjadi tempat persinggahan bangsa-bangsa serata dunia serta pusat pertukaran perdagangan, kebudayaan dan kesenian. Walau bagaimanapun, tempat kelahiran nabi bukanlah di utara mahupun di selatan Semenanjung Arab yang penuh dengan kegiatan-kegiatan sosial dan perdagangan. Rasulullah lahir di tengah-tengah Semenanjung Arab iaitu di Mekah.

Mekah yang terletak di kawasan yang kering dan padang pasir menjadikannya kurang mendapat perhatian daripada golongan penjajah meskipun lokasinya terletak di tengah-tengah dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Menurut Safiyyu Ar-Rahman Al-Mubarakfuri dalam kitabnya “Ar-Raheeq Al-Makhtum”, beliau menegaskan bahawa keadaan geografi Semenanjung Arab yang dikelilingi padang pasir menjadi satu kepentingan yang besar. Faktor ini menyebabkan Tanah Arab sukar dijajah oleh orang-orang asing yang ingin melebarkan kawasan pengaruh mereka. Oleh sebab itu, penduduk Arab rata-ratanya adalah bangsa yang merdeka dalam segenap aspek sejak zaman berzaman walaupun pada hakikatnya mereka berjiran

insyaAllah akan bersambung......

Tuesday, March 2, 2010

OH PEKAN KOBOI....!!

Dengan nama Allah, tuhan yang maha Pemurah lagi Mengasihani..

"weh, jom pegi tnj**ng Ma**m.." kata seorang sahabat ana..

"ala.. aku nak save duit la, malas ah kuar.." ana balas, bersahaja..

"ala, jom la, bosan kot, xda orang kat kolej.." masih istiqamah ajak ana keluar..

"hmm.. ok lah.." aduhai, senangnya kena pujuk..

maka bergerak lah kami ke pekan koboi ni.. kebetulan hari tu ada pasar minggu, maka keluarlah segala jenis manusia ke tpt tu.. bila ana cakap segala jenis manusia, you just name it.. yang tak jumpa kat kl pun bley nampak kat sini..
nak dijadikan cerita, pelbagai perkara yang pelik tapi benar berlaku..
apa lah guna mata yang Allah kurniakan ni kalau tak untuk memerhatikan ciptaanNya utk dijadikan iktibar kan..

AL-KISAH...

1) OH WANITA!
Sedang2 ana tunggu kawan ana tempah bubble tea, duduk la kat tepi2 jalan ni... tiba2, ada orang langgar tangan ana drpd blakang.. tgk2, seorang wanita.....bertudung..hmm.. suka hati dia je.. dah la tak mintak maaf. babeng........

2)SOMBONG NYE!
lokasi: RESTORAN KFC
butiran kejadian: sedang2 beratur nak beli kfc tu, ana tunduk kejap, amik menda jatuh.. bila bangun,
terlanggar la sorang akak ni, dia tengah bawak tray kfc tu.. "eh, sori2.." ana ckp..
dengan "sopannya" akak ni merengus, terus berjalan tanpa cakap "eh, takpe"
atau sekurang2 nye pandang ana.. "huh! 'berbudi bahasa' giler orang sini..!" ana
ckp dalam hati.. SENGHAL!

3)WOW! FASHIONABLE NYER..!
satu fakta menarik>> MUDA MUDI KAT PEKAN NI SUKA BERFESYEN. WALAUPUN PEKAN TU TAKDA APE2 PUN..MALL PUN TAKDA.. sangat tak faham..

*golongan skin head sgt banyak.. alahai melayu..
*perempuan zaman skg mmg suka pakai seluar ketat,baju kotak2. err..fesyen ape tu??
*rambut muda mudi kat sini banyak yang berkarat.. maybe diorang kacuk mat saleh kot..tak pun, kualiti air kat umah diorang yang sangat teruk..
*pakai tudung, tapi lengan terdedah.. err.. no komen..

konklusinya, pemakaian mereka sangat DAHSYAT.. nak cakap tiru style barat, maka mereka gagal dengan jayanya.. ALAHAI ANAK MELAYU, MANA IDENTITI KITA???

4) NI NAK MENIAGA KE, TAK???
ada sorang peniaga ni, kawan ana nak beli mp3 kat kedai dia.. tapi muka macam cuka.. sikit pun tak senyum.. orang tanya, jawab nak taknak je.. tak reti nak senyum ke??? SAMPAI BILA2 PUN ANA TAKKAN DATANG DAH KEDAI TU..meluat tgk peniaga buat muka macam tu..

5) FAIL!!!!


mantap..photostap..ni gambar real.. waktu ana tggu bubble tea.. OH PEKAN KOBOI...