Sunday, December 5, 2010

Tahun Hijrah - Belajar daripada sejarah.

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Mengasihani..

Sudah menjadi fitrah manusia, kita memerlukan kalendar untuk hidup yang lebih teratur. Sebab itulah manusia mencipta sistem kalendar sejak berkurun tahun yang lalu.

SOROTAN SEJARAH TAKWIM HIJRAH

Baiklah, seperti yang kita tahu, bulan-bulan dalam Islam adalah...

Muharram
Safar
Rabi'ul Awwal
Rabi'ul Akhir
Jamadil Awwal
Jamadil Akhir
Rejab 
Sya'aban
Ramadhan
Syawal
Dzulkaedah
Dzulhijjah

Siapa tak hafal lagi pergi hafal dulu ya..

Fakta menarik pertama, telah dikhabarkan bahawa nama-nama ini sebenarnya telah dimulakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Ianya dimulakan oleh nenek moyang Baginda yang ke-5 iaitu Ka'ab bin Murrah. Sungguhpun begitu, namanya tidaklah seperti yang dinyatakan diatas.

contoh : Asal Ramadhan adalah al-Ramada' yang bermaksud sangat panas.
             (untuk selanjutnya, sila google ya..)

Baiklah, sebenarnya, idea mewujudkan takwim Islam ini bermula semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Nak dijadikan cerita, Saidina Umar menghantar surat kepada Abu Musa di Basrah. Dalam surat tu tertulis tarikhnya Sya'aban. Abu Musa pun keliru lah, "Sya'aban bila ni?? Yang dulu ke, yang sekarang??" (lebih kurang macam ni lah kot dialognya..hehe) Jadi Abu Musa pun hantar semula surat tu, tanya pada Khalifah yang dalam surat tu Sya'aban bila..

Situasi ini sangat memeningkan ya. Harus diingat, zaman dulu hantar surat pakai kuda. Tak ada pos laju, email lagi lah tak ada. Mahu 3 tahun baru sampai surat ke destinasi..

Jadi pada tahun ke 17H, Saidina Umar bermusyawarah lah dengan para sahabat, untuk mencipta takwim Islam. Tapi ada satu masalah. Nak ambil peristiwa apa untuk buat kalender ni?

Macam-macam cadangan keluar..

1) Waktu lahir Nabi Muhammad
2) Waktu wafat Nabi Muhammad
3) Waktu Fath Makkah
4) Waktu Nabi diangkat menjadi rasul..
5) Dan banyak lagi..

Akhirnya, cadangan sempena Waktu Hijrah telah disepakati. Khalas...

Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut, kita lihat ayat 36 surah at-Taubah:

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan........"

Dekat sekolah dulu kita ada belajar, yang takwim Hijrah ni berdasarkan bulan mengelilingi bumi, ataupun takwim Qamari. Sebab itu ianya hanya mengandungi 354 hari. Takwim Masihi pula berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari dan mengandungi 365 hari..

Jadi timbul satu soalan, kenapa mula tahun hijrah dengan Muharram?? Bukan ke hijrah nabi bermula pada 28 Safar dan sampai di madinah pada 12 Rabiulawal? Hmm.. Amacam, dapat jawab??

Tak dapat?? haha..Saya juga. Maka menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kenapa Muharram dipilih sebagai permulaan takwim hijrah adalah disebabkan azam untuk berhijrah sudah mula pada bulan Muharram.

Untuk penjelasan terperinci, mari kita menyoroti sejarah.. Perjanjian Aqabah ke-2  berlaku pada bulan Dzulhijjah. Lepas Dzulhijjah, bulan Muharam kan? Jadi, sebenarnya Baginda telahpun mengarahkan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah secara beransur-ansur bermula pada bulan Muharram.. Jadi, hijrah telah bermula sejak Muharram lagi.. Haa, menarik bukan?

SALAH FAHAM

1) Doa Awal dan Akhir Tahun

Pernah tak kalian baca doa awal dan akhir tahun??
Saya ada lah juga baca sejak dua menjak ni..
Kelam kabut sekali nak baca. Ye lah, nak tunggu akhir waktu asar untuk baca doa Akhir Tahun dan Lepas Maghrib untuk doa Awal tahun.. Kalau tak baca rasa sangat rugi kan? Kalau tak jumpa bacaan khusus yang selalunya ada kat belakang surat Yaasin tu, mati kutu tak tahu nak baca apa. Kan?

Sebenarnya, amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad, mahupun para sahabat. Ianya lebih popular bagi masyarakat Islam di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia. Opss, saya tak kata ianya bid'ah atau tidak, itu luar bidang kuasa saya.. Kita cuma perlu betulkan iktikad (pegangan) kita bahawa ianya bukan sunnah. Doa yang selalu kita baca dekat belakang Yasin itu pun tidak boleh disabitkan dengan Nabi Muhammad ya..

Bukti--> Bukan ke takwim hijrah mula pada 17H. Manakala baginda wafat pada 10H. Sah-sah la Baginda tak pernah buat kan??

Tapi tidaklah menjadi masalah untuk kita buat. Kerana doa itu boleh dibuat pada setiap ketika. "dan tuhanmu telah berkata, 'berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan'". Tak gitu??

2) Bacaan Yasin sebanya 3 kali

Hujjahnya juga sama, ianya tidak salah untuk dilakukan, tetapi iktikad kita tidak boleh menyabitkannya dengan Nabi Muhammad. Kan banyak dalil hadis sahih yang menggalakkan kita membaca yasin setiap malam.. Maka janganlah tunggu awal Muharram je baru nak baca ya. 3 kali pulak tu. Semput tok imam..hehe.

3) Bacaan Yasin VS. Majlis Ilmu.

Ini selalu berlaku dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya malam awal muharram tu ada ustaz nak bagi tazkirah, maka ianya lebih afdhal berbanding bacaan yasin sebanyak tiga kali berjemaah. Jangan sampai begaduh pula ye..(ini, berkaitan fiqh awlawiyyat, dan saya bukanlah pakar..=). Ada satu hadis yang mahsyur (maaf, tak jumpa riwayatnya..)
iaitu apabila Nabi masuk ke masjid, ada satu golongan sedang membaca al-Quran, manakala satu lagi sedang bermajlis ilmu. Lalu baginda menyertai majlis ilmu tersebut..

Kenapa? Sebab membaca al-Quran itu sifatnya lapang. Bila-bila pun boleh. Tapi majlis ilmu ni, susah sikit nak buat. Ye lah, nak jemput ustaz, nak kumpulkan orang.. Lagi pula, kan ada hadis, siapa yang mahukan dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang mahukan akhirat, hendaklah dengan ilmu.Siapa yang mahukan keduanya, hendaklah dengan ilmu. Mana nak dapat ilmu? majlis ilmu lah.. Bukan nak cakap baca quran tak dapat ilmu, cuma berguru untuk dapat ilmu itu lebih baik.. Wallahua'lam..

4) Mandi Safar.

Ianya juga bukan amalan sunnat. Ada yang percaya mandi safar untuk buang bala, lagi lah, khurafat terus.. Mandi buang bala tak ada, mandi buang daki ada lah..hehe.

Sekian. Sekiranya terdapat kesalahan dalam fakta yang diberi, sila betulkan ya. Ataupun jika ada maklumat tambahan, sila-sila lah berkongsi..


Segala yang saya tulis ni sebenarnya saya dapat daripada al-Kuliyyah baru-baru ini. Nak tengok sendiri, klik [sini]


oh ya, selamat menyambut Awal Muharram!




Saturday, December 4, 2010

ipod touch 4th generation VS Nokia N8

iPod Touch VS. Nokia N8

Saya dalam dilema.

tolong!!!!!!!


(entri ini sangat lari tema.. harap maaf)

Thursday, December 2, 2010

UCAS oh UCAS

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Pengasih..

Senarai semak langkah pertama sebelum anda ke UK:

1)Personal statement

2)UCAS application

3)List of Universities (of course, if you are sponsored)

4)MABECS

5)Reply from Universities

Baiklah, saya nak ulas (1) dan (5)

Kadang-kadang saya pernah terfikir, PS ni untuk apa ya?

-Ada yang betul-betul buat untuk dapat uni yang bagus.
-Ada yang 'copy paste' je sebab dia sangat malas.
-Ada yang buat sebab dia memang kiasu.
-Ada yang buat sebab dia nak orang MABECS puji dia. Dan dia rasa sangat bagus lepas jumpa dengan orang MABECS sebab orang tu cakap PS dia mantap. (padahal lepas tunjuk kat referee banyak je yang kena ubah. haha)
-Ada yang buat sebab dia nak tunjuk kat referee dia. Dia nak referee dia cakap "your PS is the best so far."
-Ada yang buat sebab nak tunjuk kat junior dia. Nak cakap yang PS dia bagus.

Setiap orang akan cuba untuk buktikan sesuatu dengan PS diorang. Betulkan niat ck..Betulkan niat..

Dan ini yang paling kritikal sekarang ni. Semua pelajar KYUEM yang bergelar 'senior' tiap-tiap hari buka email.Ada yang buka 3 kali sehari. (ok, saya jatuh bawah kategori ni). Lagi kritikal ada yang periksa setiap jam. Bagi pemilik Blackberry, setiap email yang masuk kat telefon canggih tu diharapkan dapat memberi 'sinar' dalam hidup mereka. Kot-kot ada email daripada UCAS. Ada yang lagi tak sabar buka UCAS Track terus.

Apa yang saya cuba nak cakap??

Macam ni. Ada yang menanti-nanti, sampai sekarang satu uni pun tak balas. Yang ni saya tumpang kesian. Kalau saya di kedudukan diorang ni, tak keruan dibuatnya. Macam-macam rasa.

"aku salah bagi email ke??"
"application aku kena reject ke??"
"application aku tak sampai kat uni tu ke??"
"predicted aku teruk sangat ke??"
"PS aku tak best ke??"

Buat kalian yang berada dalam kedudukan ni, harap banyak bersabar. Orang putih kata, "save the best for the last". Mana tahu rezeki kalian kat hujung-hujung baru timbul.. =)

Ada juga yang kena tolak. Atau istilah yang biasa digunakan, kena reject. Bersabarlah.

Golongan seterusnya ni yang saya risau. Sebab saya rasa saya dah jatuh bawah kategori ni.

Dah dapat email balas daripada uni yang dikehendaki, tapi masih mengharap balas daripada uni lain. Ok, katakanlah dia memang nak jadikan Southampton sebagai dia punya firm. Dah dapat. Lepas tu dia nak jadikan Bath sebagai insurance. Pun dah dapat. Tapi masih gelisah, sebab uni lain tak reply.

Ha, saya lah tu.

Semata-mata nak bangga kau dapat reply dari semua uni kan??
"gila gempak dowh kau dapat reply dari semua uni. Mesti PS kau mantap gila. Tak pon predicted kau mantap" lalu tersenyum kebanggaan.
(tidak dinafikan, ramai dan kebanyakan kesnya mereka yang nak email balas daripada sebanyak mana uni sebab nak dapatkan conditional yang paling rendah untuk dijadikan insurance.)

Niat sudah salah, lu pikir lah sendiri..

Astaghfirullah..

Apa yang saya cuba sampaikan adalah tentang niat. Macam mana perkara yang kita nampak hanya berunsur duniawi sangat menuntut hati yang ikhlas dalam mengerjakannya. Kata hidup dan mati adalah semata-mata kerana Allah.


عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى  ما هاجر اليه”. البخارى ومسلم.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya:  Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.
Betulkan niat CK.. Betulkan niat...