sejak kebelakangan ni, ana rasa susah sangat makan ayam.
ya, ayam.. kegilaan ramai. terutamanya Aizuddin Abd Hamid.
entah la, sejak ana terbaca majalah Solusi pasal halal haram, tengok Oprah Winfrew Show pasal Eat Real Food dengan Where Does Our Food Come From, rasa risau.
risau nak makan ayam. lebih-lebih lagi yang dijual di pasar raya.
risau jugak nak beli ayam yang dimasak secara skala yang besar di bazar-bazar dan pasar-pasar malam.
Bukan nak menghukum, melabel atau memberi fakta, tapi hanya nak berkongsi fikir ni dengan sahabat-sahabat sekalian.
pernah kah kita terfikir dari mana penjual ni beli ayam-ayam dalam masakan tu?
disembelih ke?
sempurna kah sembelihannya?
yang jarang kita tanya, disembelih itu dengan nama Allah ke??
satu lagi yang menakutkan mengenai ayam sekarang ini adalah teknologi. terlalu canggih, sampai ayam yang berbulan-bulan mengambil masa untuk matang, disingkatkan jadi tak sampai 3 bulan.
macam-macam vaksin.
macam-macam hormon.
macam-macam vitamin,
macam-macam ubat.
penternak pun satu hal. nak jimat kos punya pasal, hak ayam dinafikan. ada ke patut kurung ayam kat tempat sempit-sempit, gelap, xpernah merasa hidup bebas.
makan pun makanan yang diproses.
bukan nya makan organik atau semulajadi macam cacing dan seumpamanya.
hasilnya, lahirlah ayam-ayam yang tak sihat.
paruh takda.
paruh senget.
warna putih je
ayam pondan (rupa jantan, alat jantina betina)
kaki takda.
mutasi.
memang dengan izin Allah.
tapi asbabnya manusia.
rakus.
si penyembelih pun satu hal.
ada yang sembelih sambil merokok,
sambil berborak-borak,
bila masa nak baca bismillah??
sembelih depan ayam-ayam lain,
kan nabi larang..
masa ana tengah cari-cari gambar yang sesuai, terjumpa gambar ni.
kagum. sangat kagum
McD khas untuk yahudi. nak makan pun konfiden.
memang lah McD malaysia ada logo halal, tapi kecil je.
puas mengintai baru ternampak logo halal jakim.
hujung sekali, bucu bawah poster.
macam malu. malu je nak tunjuk logo halal.
hmm.. sudahnya, cari alternatif lain.
1) tak payah makan ayam langsung. ambil je protin daging putih daripada ikan.
2) bela ayam sendiri, sembelih sendiri.
3) sekarang ni Alhamdulillah, dah ada muslim yang sedar hakikat halal haram yang semakin meruncing kat malaysia ni, mereka ada inisiatif buat bisnes ayam organik. HPA contohnya. biarlah mahal sikit, asal terjamin.
4) kalau nak makan kat restoran, tengok yang tokey kedai, dengan pekerja. kalau rambut pun perang, yang lelakinya bertindik bagai, jangan diharap sangat. Diorang kisah ke?
5) ini ramai yang tak setuju dengan ana, tapi ana lebih suka makan di kedai-kedai yang ada logo halal. halal jakim, bukan halal beli. contohnya KFC, McD, Secret Recipe dan sebagainya. kedai-kedai macam ni ada standard yang mereka nak kena jaga. ada reputasi. jadi mestilah mereka akan pastikan sijil halal tak ditarik balik. dalam erti kata lain, mereka akan jaga kebersihan, sumber makanan dan sebagainya. Biarlah mahal sikit pun, nak isi perut sendiri..
ingat lah kawan-kawan, isu halal haram makanan ni bukan soal main-main. ia melibatkan soal ibadah.
undang-undang pertama untuk manusia pertama yakni nabi Adam a.s pun ialah pasal halal haram makanan!
fikir-fikirkan!
wassalam...
5 comments:
salam .. =)
nice post .. mmg perkara halal haram ni jarang diambil berat ..
tp ape pulak pndpt ttg kod2 yg dikatakn ada lemak bab1 itu ??
mcm E402 dll ??
=)
Tentang ayam ni saje,penah ada dalam berita, ayam kat tesco tak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus. Jadi, kalo orang biasa yang tak cukup prihatin, mesti x perasan tentang hal tuh.
meAndDaOnlyMe> salam.. mmg lah, ayam kan sedap, kira halal je la..huhu.mcm kod babi tu tak sure la.. knape jakim mcm xda official announcement pasal benda ni ek...?
firdaus> itu lah.. banyak sangat kes.. risau jugak.. dgr cakap2 orang, skg ni authority kosher lagi mudah nak yakin drpd authority lain2..ntah laa..
Salam CK! finally..aku da lama x makan ayam sbb bnde2 gini la...(akhir 2007 aku mula x makan ayam) shubhah.. skang, sume tempat, mana2 je selain rumah aku sniri, aku X MAKAN AYAM..ayam kt UIA ni pn, aku tgk leher dy panjang semacam.. terfikir, mcm mana dyowg sembelih ayam tuh..
tankz sbb post entry ni.... ((:
yaya>> betol2.. tapi aku still makan ah.. cuma x suka sangat je..hehe
Post a Comment