assalamualaikum..
feeling like blogging.
the juniors are here, and the earth seems to move faster.
time gets faster. well at least to me.
induction is still going on.
homework is piling.
PS is nothing near to completion. huh, haven't started to be frank.
whatever it is, we need to grab the juniors.
to join our pack??
well, more or less.
we try to get them to be part of us..
and "the other pack" is also in their mission to recruit the juniors.
O Allah, help us.
I think we are on the right path.
O Allah, please, help us. help us..
Sunday, July 25, 2010
Sunday, July 18, 2010
ayam oh ayam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Mengasihani..
sejak kebelakangan ni, ana rasa susah sangat makan ayam.
ya, ayam.. kegilaan ramai. terutamanya Aizuddin Abd Hamid.
entah la, sejak ana terbaca majalah Solusi pasal halal haram, tengok Oprah Winfrew Show pasal Eat Real Food dengan Where Does Our Food Come From, rasa risau.
risau nak makan ayam. lebih-lebih lagi yang dijual di pasar raya.
risau jugak nak beli ayam yang dimasak secara skala yang besar di bazar-bazar dan pasar-pasar malam.
Bukan nak menghukum, melabel atau memberi fakta, tapi hanya nak berkongsi fikir ni dengan sahabat-sahabat sekalian.
pernah kah kita terfikir dari mana penjual ni beli ayam-ayam dalam masakan tu?
disembelih ke?
sempurna kah sembelihannya?
yang jarang kita tanya, disembelih itu dengan nama Allah ke??
satu lagi yang menakutkan mengenai ayam sekarang ini adalah teknologi. terlalu canggih, sampai ayam yang berbulan-bulan mengambil masa untuk matang, disingkatkan jadi tak sampai 3 bulan.
macam-macam vaksin.
macam-macam hormon.
macam-macam vitamin,
macam-macam ubat.
penternak pun satu hal. nak jimat kos punya pasal, hak ayam dinafikan. ada ke patut kurung ayam kat tempat sempit-sempit, gelap, xpernah merasa hidup bebas.
makan pun makanan yang diproses.
bukan nya makan organik atau semulajadi macam cacing dan seumpamanya.
hasilnya, lahirlah ayam-ayam yang tak sihat.
paruh takda.
paruh senget.
warna putih je
ayam pondan (rupa jantan, alat jantina betina)
kaki takda.
mutasi.
memang dengan izin Allah.
tapi asbabnya manusia.
rakus.
si penyembelih pun satu hal.
ada yang sembelih sambil merokok,
sambil berborak-borak,
bila masa nak baca bismillah??
sembelih depan ayam-ayam lain,
kan nabi larang..
masa ana tengah cari-cari gambar yang sesuai, terjumpa gambar ni.
kagum. sangat kagum
McD khas untuk yahudi. nak makan pun konfiden.
memang lah McD malaysia ada logo halal, tapi kecil je.
puas mengintai baru ternampak logo halal jakim.
hujung sekali, bucu bawah poster.
macam malu. malu je nak tunjuk logo halal.
hmm.. sudahnya, cari alternatif lain.
1) tak payah makan ayam langsung. ambil je protin daging putih daripada ikan.
2) bela ayam sendiri, sembelih sendiri.
3) sekarang ni Alhamdulillah, dah ada muslim yang sedar hakikat halal haram yang semakin meruncing kat malaysia ni, mereka ada inisiatif buat bisnes ayam organik. HPA contohnya. biarlah mahal sikit, asal terjamin.
4) kalau nak makan kat restoran, tengok yang tokey kedai, dengan pekerja. kalau rambut pun perang, yang lelakinya bertindik bagai, jangan diharap sangat. Diorang kisah ke?
5) ini ramai yang tak setuju dengan ana, tapi ana lebih suka makan di kedai-kedai yang ada logo halal. halal jakim, bukan halal beli. contohnya KFC, McD, Secret Recipe dan sebagainya. kedai-kedai macam ni ada standard yang mereka nak kena jaga. ada reputasi. jadi mestilah mereka akan pastikan sijil halal tak ditarik balik. dalam erti kata lain, mereka akan jaga kebersihan, sumber makanan dan sebagainya. Biarlah mahal sikit pun, nak isi perut sendiri..
ingat lah kawan-kawan, isu halal haram makanan ni bukan soal main-main. ia melibatkan soal ibadah.
undang-undang pertama untuk manusia pertama yakni nabi Adam a.s pun ialah pasal halal haram makanan!
fikir-fikirkan!
wassalam...

Thursday, July 1, 2010
Aku Rindu Pada Mu
Bismillahirrahmanirahim..
"Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan)"ujar Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-temanmu?" jawab Abu Bakar.
"Bukan!" sanggah Nabi SAW.
"Kamu adalah sahabat-sahabatku" balas nabi tegas.
"Ikhwan ku(saudara-saudara) ku. mereka belum pernah melihat aku, teapi mereka beriman dengan aku sebagai rasulullah dan mereka mencintai aku. aku dicintai melebihi anak dan orang tua mereka."
"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?"bertanya salah seorang sahabat.
"Kamu semua adalah sahabat-sahabatku." jelas Rasulullah.
"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?" demikian nabi menjelaskan perkara itu.
KECINTAANMU YANG TERSANJUNG
Ya Rasulullah, cinta bersulam pada satu nama,
Engaku kekasih, Murabbi tercinta,
Indah dirimu mu bak bulan purnama.
Tak pernah bersua namun rindu berbuah rasa.
Perit jerih seorang Muhammad. Muhammad ibn Abdullah.
tatkala berjalan tubuh itu, dilempar batu, dimaki, dihina, dicaci.
mengalir darahnya membasahi diri.
mujur ditahan darahnya dari membasahi bumi.
kalaulah tumpah darahnya,
tentu sahaja Jibril menghempap gunung keatas umatnya.
patah gigimu, luka pipimu, berkocak darah dalam kasutmu.
tatkala berjuang di medan Uhud.
doamu di medan Badar,
diberi kemenangan pada yang haq,
agar kami dapat menikmati kemanisan Islam.
disiksa, dipulau, dibenci keluarga sendiri.
difitnah, dicela dituduh si gila dan ahli sihir.
ditimpa musibah kewaftan keluargamu.
namun kau simpan doa mu.
kau simpan doa mu.
doa yang kau akan gunakan di medan akhirat nanti.
syafaat buat kami.
Ya Habibullah, kami yang kau utamakan.
tersungkur sahabat di perkuburanmu.
tewas...
mereka tewas diulit kerinduan terhadapmu.
suram...
tidak pernah Mekah sesuram itu
setelah pemergianmu.
tiada lagi azan Bilal bin Rabah.
tatkala Bilal diminta untuk azan,
lemah longlai langkahnya ke atas ka'bah.
"Allahuakbar Allahuakbar!"
bergema bumi suci itu,
berteriak para sahabat..
mereka sangka Muhammad sudah kembali.
menangislah Bilal. terkenang saat-saat bersama Murabbi tercinta.
KAMI MALU YA RASULULLAH..
dimana kedudukan kami pada hari ini ya Rasulullah..
jauh tersimpang.
aku malu ya Rasulullah.
kadang-kadang aku tertanya-tanya.
kalaulah pada hari ini masih ada seorang Muhammad ibn Abdullah,
adakah kau akan kecewa melihat kami??
adakah kami ikhwanmu?
wujudkah kecintaan terhadapmu?
Ya Rasulullah, aku rindu padamu!
SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU TIDAK MATI. DIA HIDUP. HIDUP DI HATI-HATI KAMU.
Subscribe to:
Posts (Atom)