Sunday, February 14, 2010

SURAU, MASJID dan........CICAK..??

Dengan nama Allah, tuhan Maha Pemurah, Maha Mengasihani.
Memandangkan ini post ana yang pertama, ana nak bawak antum semua ke realiti surau dan masjid di malaysia.

Lokasi: Masjid Sungai Isap fasa 3, Kuantan Pahang.

Secara umumnya, masjid2 dan surau2 di malaysia ketandusan jemaah2 untuk setiap waktu. (solat jumaat dikecualikan) apabila dihitung kira, puratanya tak sampai 50 orang setiap waktu. tak kiralah betapa besar nya sesebuah masjid itu, saf yang digunakan secara holistik hanyalah saf pertama, kadang2 saf kedua, skali skala saf ketiga, jarang2 saf keempat, dan sangat jarang sekali saf kelima.

Jadi, untuk meramaikan bilangan jemaah, pelbagai cara yang dilakukan ajk2 masjid2 dan surau2. termasuklah di KYUEM, muscom telah menganjurkan kempen Jom Ke Surau.. Berjaya kah?? hmm..
Nak dijadikan cerita, semasa ana pergi ke masjid sg. isap ni,ana pergi lah meninjau2 papan kenyataan kat situ, alhamdullillah, Allah temukan ana dengan artikel ni:





tujuannya adalah untuk menggalakkan kanak2 untuk pergi ke surau. Atas rasional yang sama, mahu meramaikan jemaah.

Reaksi ana:

1) tergelak seorang diri...haha
- agak kelakar la kejohanan ni. pertama kali ana dengar. Alhamdulillah,sekurang2 nye adik2 yang sertai tu dapat pahala.. ye lah, malam jumaat, lastik cicak.. siapa kata malam jumaat kene baca yassin je??
=)
- lagi satu, kurang la tahi2 cicak yang bertaburan di lantai2 masjid..

2) agak sedih dan 'down'
- ana terlepas utk menyaksikan kejohanan tu.
- mana tidak nya, cicak lah yang meninggikan statistik bilangan jemaah masjid. selalunya solat subuh, jemaahnya katakan lah 10 orang.
- jom buat kira2,
* imam+muazzin+3orang jemaah = 5
* mak ayah cicak, abang cicak,kakak cicak dan adik cicak = 5
* total jemaah, 5+5=10
- bila cicak2 ni smua terbunuh, huh..kuranglah jemaah masjid..

apa2pun kredit harus diberikan kepada AJK masjid berkenaan atas penganjuran kejohanan yang sangat unik dan bermanfaat.

p/s: marilah kita sama2 bermuhasabah. bilangan cicak (yang kita tau sejarah hitam penglibatannya dalam hijrah baginda ke madinah) di masjid2 dan surau melebihi bilangan jemaah yang terdiri daripada umat2 islam (yang mengaku mencintai sunnah nabi Muhammad s.a.w.)



6 comments:

Dzatil Awanis said...

post ni mngingatkn ana psl kisah cicak yg brlaku x brape lme dlu.haha

ck azri said...

apakah itu?

Nina Mazlan said...

xsuka cicak..huh!

Ahmad Hamizan said...

serius lawak gampang la lu bro...haha

ck azri said...

haha..trimas. kebetulan je terjumpa kejohanan ni.. sesuatu yang baik harus dikongsi bersama..haha

Ameen Muslim said...

assalamualaikum

1stly, saya jumpa blog awak dari fairosza.

2ndly, welcome to blogger world.

3rdly, saya geli cicak. hehe

lastly, salam ukhuwwah!