Sunday, June 27, 2010

kucing hitam


assalamualaikum..

"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasehat kepadamu nasehatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (artinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)".(Riwayat Muslim)

hak ke enam, baru sahaja disempurnakan..
nak dijadikan cerita...

"kucing hitam langkah jadi hantu..." seorang kanak-kanak perempuan bercakap dengan kawannya, sambil menuding jari ke arah kubur berhampiran..

diri ini yang sedang khusyuk melihat tanah dikambus ke dalam liang lahad, terkejut mendengar perbualan kanak-kanak tadi.
"perghh.. kuat betul pengaruh tv.." berbisik seorang diri.


tahniah para penerbit, pelakon dan pengarah..

filem dan drama anda berjaya menembusi pasaran..

juga menembusi pemikiran suci dan naif kanak-kanak..

takziah buat ibubapa di luar sana..

tugas anda semakin berat..



Tuesday, June 22, 2010

tiada bukan malas

sudah lama tak update..

sebulan?? oh! hampir 2 bulan!

bukannya malas.. bukannya tak rajin.. tapi tawar hati.. hambar~

terlalu banyak yang ingin ana katakan.. terlalu banyak. banyaknya bukan laporan aktiviti harian, bukan apa yang dimakan, bukan apa yang digaduhkan..

banyaknya buih, tanpa perlu ke tepi pantai..

cukup melihat umat islam tidak menutup aurat. sedih melihat pasangan belangkas. takut melihat remaja yang masih terleka. tak terkata..tak terkira banyaknya.. buih.

ditiup hanyut, disentuh pecah..

hiba melihat saudara di palestine.

bingung melihat kita yang masih tak sedar..

apa nak jadi...

Sunday, April 11, 2010

antara tradisi dan realiti

Dengan nama Allah, tuhan yang maha Pemurah, maha Mengasihani.

pada suatu malam, ana duduk berborak-borak dengan beberapa orang teman sebelum ditemukan kami dengan satu topik yang menarik, iaitu pantang larang nenek moyang..

orang tua-tua selalu cakap;

"jangan angkat kaki masa meniarap, nanti mak mati"

"jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk"

"pensil jangan lebih pendek daripada jari kelingking, nanti mak mati" (dah dua mak mati)

"jangan duduk atas bantal, nanti bisul"

"kalau rama-rama masuk rumah, tu maknanya ada orang jauh nak datang"

dan macam-macam lagi..

persoalannya di sini, apa kesan tarbiah yang macam ni kepada kanak-kanak.
bukannya apa, ana risau dengan perkembangan hebat filem-filem tahyul dan khurafat, tarbiah yang sebegini bakal melahirkan ummat yang takut kepada yang tak patut dan tidak takut kepada yang berhak ditakuti..hmm..

berbalik kepada tips nenek moyang tadi, ana rasa tak patut lah kita panggil petua 'nenek moyang'. mungkin mereka pun ditarbiahkan dengan perkara yang sama..elok saja dipanggil kepercayaan kuno. agar minda kita tidak 'intoxicated' dengan perkara-perkara macam ni.

salahkah?

tak kot. bukan apa, sebenarnya tujuan 'kepercayaan kuno' ni adalah untuk mendidik.
sebagai contoh, jangan duduk atas bantal, nanti bisul. natijahnya, tak elok lah duduk atas bantal,tu tempat letak kepala.. pensil jangan pendek sangat, natijahnya, susah nak menulis,tukar je pensil baru. isunya di sini, kenapa tidak diberitahu sahaja sebab disebalik larangan-larangan tu..
maklumlah, melayu ni banyak berlapik, halus santunnya. kadang-kadang terlalu banyak 'lapiknya' sampai 'tertimbus' maksud sebenar..

contoh depan mata

tahun lepas, ana pergi trip, ditakdirkan lah naik van yang dipandu cikgu ana, seorang Scottish (kalau tak silap) bersama anaknya yang masih di peringkat primary school. yang ,menarik perhatian ana adalah cara dua beranak ini berkomunikasi. cara seorang bapa bercakap dengan anaknya yang bolehlah dikategorikan sebagai kanak-kanak ini sangat matang. setiap penjelasan yang diberikan si bapa ada rasionalnya dan tidak lah sekadar 'sambil lewa, menjawab pertanyaan seorang kanak-kanak'.

perkara macam ni lah yang patut ada dalam pentarbiahan kanak-kanak. sebagaimana Saidina Ali Karamallahu Wajhah, seorang kanak-kanak yang dididik oleh rasulullah. Baginda tidak menyampaikan cerita dusta kepadanya. sebaliknya, baginda mertarbiah saidina Ali dengan dalil quran dan sunnah. ini yang patut dicontohi..

p/s: tapi bila dikenang-kenang, seronok jugak zaman budak-budak dulu. takpayah pikir macam-macam.




Wednesday, March 17, 2010

alien mendarat di bumi


tersebutlah al-kisah pada suatu petang, tahun 2010. seekor alien telah terbabas di bumi, kebetulannya, dia jatuh kat malaysia...
selepas seharian bersiar2, dia sudahpun menyelidik dan membaca akhbar tentang perkara2 yang berlaku di bumi....
pada suatu hari, alien ni terserempak dengan seekor itik yang sangat tinggi kecintaannya terhadap bumi...

alien : $#& hai &@!
(sambil mengangkat tangannya yang ada tiga je jari)

itik : h..ha...hai..
(itik terpinga2 nak menjawab. terkejut tgk alien)

alien : *&%#? tumpang tanya, kenapa ramai sangat mat rempit kat bumi ni?? ^#@~!
(itik berfikir seketika, kemudian tersenyum. dia ada jawapan yang bernas untuk membidas soalan alien bagi menyelamatkan maruah penduduk bumi)

itik : en alien, sebenarny......
(tak sempat jawab, alien tanya lagi)

alien : dan mengapa begitu ramai orang yang bertelagah sesama sendiri??? ^$@!$)?
(itik juga mampu memberi jawapan utk soalan ini, bagi mengangkat martabat bumi di mata alien.)

itik : owh, itu senang saja..kami sebenarn............
(alien mencelah lagi)

alien : &^$#! kenapa banyak sangat bayi luar nikah dibuang, dibunuh dan dibakar???
(itik masih maintain mukanya. dia masih bangga akan bumi dan ingin mempertahankannya)

itik : en. alien, saya ras.............
(alien tanya lagi. kali ni bertubi2)

alien : $#!@# dan jugak mengapa zina seperti biasa je kat bumi ni..tak malu ke??
kenapa ramai sangat orang ditindas????
kenapa riba diamalkan?? tak rasa dianiaya ke???
kenapa banyak peperangan??
kenapa ramai muda mudi rosak akhlaknya????
kenapa banyak berlaku rasuah dan pecah amanah????
(air muka si itik mula berubah. dia baru sedar, bumi yang disangkanya sangat best ni, yang dibangga2kannya ini sebenarnya sangat teruk..si alien masih mengajukan soalan bertubi2)

akhirnya......

itik : ENCIK ALIEN!!! SAYA BUKAN PENDUDUK BUMI.
(itik sudah tidak tahu bagaiman nak menyelamatkan maruah bumi. dia beredar cepat2 sambil menutup mukanya. malu. malu dengan keadaan bumi yang sudah rosak)

p/s; ayam itik pun malu nak ngaku sebagai warga bumi melihatkan keadaan kita skrg ni.. hmmm~




lapang (^_^) sebelum sempit (~_~)`

bismillahirrahmanirrahim...
cuti menjadi best kerana...

1) kami merasai nikmat air bersih.air tak kuning.air tak berkeladak.. wee~
2) kelajuan air yang keluar drpd paip bertambah.. horey~
3) internet laju gilerrrrrr!!!
4) boleh bangun pada pukul suka hati anda.. wee~
5) ada washing machine. tak payah bilang 6 helai, pastu catit jenis pakaian yg dihantar. =)
6) and the list goes on and on....

alangkah tak syok nye cuti...

1) tahap kelajuan duit yang keluar drpd wallet semakin membimbangkan.. =(
2) banyaknye godaan utk tidak berjemaah di masjid!!!
3) dugaan utk ke bandar menyerang dari pelbagai sudut..
4)takde kekuatan nak stdy.. natijahnye, bila balik kolej, berlakulah sindrom penyesalan. ayat2 yang biasa diutarakan "kenapalah aku tak stdy kat rumah???!!!" sambil menggaru2 kepala.
5) nak kena naik bas pergi balik.. pastu pergi pudu yang ramai orang. *rimas*
6) and the list stops here.






Saturday, March 6, 2010

TANAH ARAB>> Bermulanya Islam (Bhg 2)

Dunia pada waktu itu bolehlah dikatakan telah dikuasai oleh dua kerajaan yang gagah iaitu Parsi dan Rom. Rom merupakan satu tamadun yang mempunyai kesinambungan dari tamadun Yunani. Kerajaan Rom mempunyai semangat yang tinggi untuk melebarkan jalur kuasanya. Kedaulatan dan ‘supremacy’ ke atas negara-negara asing merupakan matlamatnya yang tertinggi. Rom juga pada waktu itu berada dalam arena perjuangan untuk memodenisasikan agama Kristian supaya agama ini selari dengan kehendak dan cita-cita pemerintah. Secara umumnya, dapatlah kita katakan agama yang menjadi pegangan kuat Rom ialah Kristian.

Manakala Kerajaan Parsi pula, pemerintah dan pembesar keseluruhannya menganut agama Majusi. Parsi mengalami masalah keruntuhan moral yang kritikal dalam kalangan rakyatnya. Struktur sosial rumah tangga dan masyarakat bercelaru kerana perkahwinan sesama ahli keluarga dibenarkan. Anak lelaki dibolehkan berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Kerosakan nilai dan moral yang dialami oleh kerajaan Rom dan Parsi adalah disebabkan oleh penumpuan yang sepenuhnya ke arah kemajuan berteraskan material semata-mata. Nilai-nilai murni dan budi pekerti luhur dinafikan peranannya dalam pembinaan tamadun. Di Semenanjung Arab pula, penduduknya tidaklah hidup dalam gejala sosial yang berpunca daripada politik pemerintah dan tidak pula menikmati kemewahan material sepertimana yang terdapat di Rom dan Parsi. Mereka langsung tidak menganut apa-apa falsafah dan idealogi yang dibawa oleh kedua-dua buah kuasa besar tadi.

Orang Arab pada waktu itu hanyalah mengalami ketandusan ilmu pengetahuan yang dapat menyuluh jalan kehidupan mereka. Mereka hidup dalam keadaan jahiliah. Dalam Al-Quran ada diterangkan tentang kejahilan masyarakat Aràb.

Maksudnya: “Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang yang telah sesat”

Tidak pernah terdapat dalam coretan sejarah yang menceritakan tentang keunikan tamadun Arab pada zaman pasca kelahiran Nabi Muhammad, tetapi yang ada hanyalah kemerosotan akhlak, kejahilan ilmu dan kemelut sosial yang menghimpit penduduk Arab ketika itu.

Jika ditinjau daripada latar belakang masyarakat dan kedudukan geografi pada zaman Rasulullah, dapatlah kita gali hikmah-hikmah di sebalik pemilihan Tanah Arab sebagai lokasi strategik yang menjadi tempat bermulanya obor-obor dakwah islamiah. Tanah Arab yang terletak di tengah-tengah glob menjadikannya strategik ke arah tersebarnya Islam. Islam tersebar dari kawasan yang dikelilingi pelbagai bangsa. Hal ini memudahkan penyebaran Islam sama ada dari segi dakwah mahupun perluasan wilayah. Islam seolah-olah bermula daripada satu titik dan makin lama titik itu berkembang merentasi dunia.

Diutuskan Nabi Muhammad di kawasan yang bebas daripada pengaruh mana-mana kerajaan besar menjadi hujah yang konkrit untuk menangkis syak wasangka terhadap Rasulullah. Syak wasangka yang mungkin timbul ialah adakah Rasulullah ini membawa risalah Islamiah yang muncul daripada pemikiran Rom dan Parsi. Sangkaan buruk terhadap Rasulullah yang mendakwa baginda membawa ajaran kerana mempunyai kepentingan politik juga dapat dihindarkan. Rasulullah juga diutuskan dalam keadaan buta huruf bagi menolak pandangan musuh Islam yang mendakwa baginda menulis sendiri Al-Quran. Disebabkan Al-Quran diturunkan di Tanah Arab, maka tuduhan yang mengatakan bahawa Al-Quran itu hasil daripada fahaman Romawi, Parsi dan Yunani dapatlah ditolak bulat-bulat.

Namun, perlulah kita ingat bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah berhak mengatur mengikut kehendak-Nya. Bukanlah bermakna Allah memilih Tanah Arab sebagai tempat terpancarnya iman oleh sebab untuk mengelakkan bebanan. Sekiranya Allah mahu utuskan nabi di kawasan-kawasan lain selain Tanah Arab, maka itu tidaklah menjadi masalah bagiNya. Nescaya, Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya dakwahnya sepertimana yang berlaku di Semenanjung Arab.

Oleh itu, antum sekalian, ingatlah bahawa Allah tidaklah merancang atau mengatur sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaan dan perancangan Allah membawa seribu makna dan hikmah yang mungkin tidak dapat digapai oleh ilmu manusia. Namun, itu tidak bermakna kita perlu berhenti berfikir. Tuntutlah ilmu, berfikirlah tentang kejadian-kejadian Allah di muka bumi, maka insya Allah, diri antum akan hampir dengan Allah.

Diadaptasi daripada

Fiqh Al-Sirah karya Sa’id Ramadan Al-Buti

Nukilan : Muaz Muawiz

Thursday, March 4, 2010

TANAH ARAB>> Bermulanya Islam (Bhg 1)

Islam pernah diserang oleh dakwaan yang mengatakan bahawa agama yang makin mendapat perhatian ramai ini hanyalah agama yang sesuai untuk orang Arab sahaja. Alasan mereka amat mudah iaitu, Arab seolah-olah mendominasi agama Islam. Tempat suci bagi Islam (Mekah dan Madinah) terletak di negara Arab, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, hinggakan rasul junjungan mulia sendiri iaitu Rasululullah S.A.W lahir dari tanah Arab. Kitab yang menjadi pegangan orang Islam masih lagi dalam bahasa yang datang dari tanah Arab sedangkan penganut agama Islam sudah bertebaran di serata dunia. Mengapakah tanah Arab menjadi pilihan untuk terpancarnya sinar iman dan Islam ke serata dunia?

Untuk meneliti hal ini, kita mestilah melihat kepada sudut geografi Tanah Arab pada ketika itu dan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sezaman yang ana maksudkan ini termasuklah manusia yang hidup sebelum kelahiran rasul junjungan tetapi tidaklah jarak masanya dengan kelahiran nabi terlalu jauh. Bolehlah dikatakan zaman pasca kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Sepertimana yang antum tahu, Nabi Muhammad merupakan manusia berbangsa Arab dan lahir di Tanah Arab atau lebih spesifik di tanah Hijaz yang kering-kontang, gersang dan jauh daripada ketamadunan. Perkataan Arab dari segi bahasa membawa maksud “Padang pasir, tanah gersang serta tidak mempunyai sumber air dan tumbuh-tumbuhan”. Dari sudut lokasinya, Semenanjung Arab terletak antara beberapa benua yang terkenal kerana benua-benua ini dikuasai oleh kuasa-kuasa besar ketika itu.

Benua-benua yang mengelilingi Tanah Arab berhubung dari darat dan laut. Kawasan barat laut tanah Arab adalah pintu masuk ke benua Afrika, sementara kawasan barat dayanya ialah pintu masuk ke benua Eropah. Disebabkan kedudukan geografinya, kawasan utara Semenanjung Arab dan selatannya menjadi tempat persinggahan bangsa-bangsa serata dunia serta pusat pertukaran perdagangan, kebudayaan dan kesenian. Walau bagaimanapun, tempat kelahiran nabi bukanlah di utara mahupun di selatan Semenanjung Arab yang penuh dengan kegiatan-kegiatan sosial dan perdagangan. Rasulullah lahir di tengah-tengah Semenanjung Arab iaitu di Mekah.

Mekah yang terletak di kawasan yang kering dan padang pasir menjadikannya kurang mendapat perhatian daripada golongan penjajah meskipun lokasinya terletak di tengah-tengah dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Menurut Safiyyu Ar-Rahman Al-Mubarakfuri dalam kitabnya “Ar-Raheeq Al-Makhtum”, beliau menegaskan bahawa keadaan geografi Semenanjung Arab yang dikelilingi padang pasir menjadi satu kepentingan yang besar. Faktor ini menyebabkan Tanah Arab sukar dijajah oleh orang-orang asing yang ingin melebarkan kawasan pengaruh mereka. Oleh sebab itu, penduduk Arab rata-ratanya adalah bangsa yang merdeka dalam segenap aspek sejak zaman berzaman walaupun pada hakikatnya mereka berjiran

insyaAllah akan bersambung......