Saturday, November 20, 2010

Nekad

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..Berilah aku kekuatan..

NEKAD
Mula-mula saya masuk KYUEM. Semua orang tanya "weh, ko ada facebook tak?".
Di kejauhan, saya cuba mengelak orang-orang ini. Saya segan. Segan nak cakap yang saya ada Friendster je masa tu.

Selepas 2 minggu, tekanannya semakin hebat.

Akhirnya saya akur. Saya nekad. Demi bergerak bersama arus perdana... Maka wujudlah CK AZRI di laman web sosial facebook.
Harus saya akui, facebook memang ada auranya yang tersendiri. Atau lebih tepat lagi, mat salleh cakap 'addictive'.

Hari ini, tanggal 21 November 2010, jam 1.37 pagi, saya nekad. Nekad untuk tinggalkan facebook.

Ianya banyak melekakan. Memang, banyak kebaikannya. Kongsi artikel islamik, video keinsafan, isu semasa. Tapi keburukannya (pada saya) mengatasi kebaikan yang ada.

Ha, baru je Ustaz usrah saya cakap, memetik kata-kata ulama' (saya tak ingat namanya) "apabila pintu keburukan terbuka, pada masa yang sama pintu kebaikan juga ada,dan jika hanya mampu memilih salah satu antara keduanya, maka menutup pintu keburukan itu lebih utama.."

Ya Allah, semoga ini jalan terbaik untukku.
Semoga selepas ini aku lebih kerap menghadap Kitabmu.
Semoga saja aku terlepas dari segala kemaksiatan dan pintu fitnah.
Selamatkan aku Ya Allah.

"عَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ"
  
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."    (Al-Baqarah: 216) 


Semoga ini hijrah terbaik.

Selamat tinggal Facebook!

p/s: ini adalah keputusan peribadi penulis. Bukanlah saya bermaksud anda yang mempunyai akaun facebook sering melakukan maksiat dan berdosa. Ianya hanyalah kerana kelemahan saya sebagai seorang manusia yang mudah tergugat imannya. Saya yakin, InsyaAllah, anda seorang yang kuat dalam bermujahadah, maka teruskanlah. Kerana usaha dakwah tidak mengenal medium, masa dan tempat. Teruskan berdakwah wahai du'at!

Monday, October 11, 2010

WHY LOVE..

With The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

WHY LOVE
by ck

It blooms on that withered tree,
the leaves flap in the absence of wind,
the birds chirping soundlessly,
it rains heavily with thunders overwhelming.

the spirit of love,
rips out the frame and the soul.
a feeling that strikes,
which none can decipher.

why love the blossom,
when time refused to spare.
why love the bird,
when ground houses all.
why not the Creator,
when He is for eternal.


Friday, October 8, 2010

Kesengalan Bertahap.

Dengan Nama Allah Yang Maha Indah,
Pencipta Quran Dalam Bahasa Terindah..

Situasi 1
PADA SUATU HARI, SEMASA PEMBENTANGAN DI DALAM KELAS.

"ok, hari ni kitorang akan present pasal satu tajuk, yang agak hangat nowadays, which is pasal keadaan Malaysia pada hari ni. ok, kalau kita dapat lihat, remaja skang ni sangat mudah terjebak dengan gejala sosia seperti munim arak, clubbing, and all those stuff la kan. so, from our point of view, perkara ni sangat tak patut and we have to stop it sebelum ianya menjadi parah. and then, kerajaan mesti berperanan lah. buat kempen kesedaran, ceramah and also buat macam program tv show ah..and..bla..bla..bla..."

tahap kesengalan,  ********

Situasi 2
PADA SUATU PETANG, SEMASA MAJLIS FIKIR-FIKIR.

"ok, hari ni kita bincang topik, iaitu pasal puasa. sepertimana yang kita tahu, puasa ni ada banyak fadhilat ah. antaranya menyihatkan badan, dan jugak kalo korang perasan lepas bangun sahur tu kita akan lebih fresh dan rasa macam rejuvenate ah kan.kita jugak akan encourage diri untuk lebih bersabar menahan hawa nafsu.
pernah tak korang imagine yang satu hari nanti...bla..bla..bla..."

tahap kesengalan, ***

Situasi 3
DI MANA-MANA SAHAJA BAHAGIAN KYUEM.

"eh you ni! haha.. mana la i tau.. eh ------, you ada nampak tak buku i? i tak tahu letak mana doe.. kalau i nampak dah lama i akan beritahu u. besides, sejak bila u rajin study ni??haha. eh, u kluar g mid x sabtu ni? sumpah rugi doe kalo u x pegi. ok, nanti i sampai i miss call u ah, kot2 u ada nak pesan anything.. alright? By the way, i skip kot kelas maths lepas ni. boring doe..bla...bla..bla...u..i..u..i..."

-pesanan: ini adalah perbualan antara dua orang anak jati melayu-

tahap kesengalan, *************

Situasi 4
JUGA DI MANA-MANA BAHAGIAN KYUEM

" oh my god! betul ke doe??"
"oh my god, u ni buat i terkejut je"
"oh my god, habis lah aku...x siap homwork"
"oh my god! fon tertinggal kat rc!"
"oh my god! bla...bla...bla..."

tahap kesengalan,  *******


Baiklah, cukup untuk contoh-contoh kesengalan bertahap. Sekarang saya nak ulas.

Situasi 1
 Maaf jika terasa, tapi saya berasa sangat sengal apabila terpaksa mendengar bahasa ibunda saya dirosakkan secara 'terhormat' selama sejam!!!
Kalau ya pun anda nak memperkukuh (tolonglah jangan guna 'improve') penguasaan bahasa inggeris (oh, tidak  english!) guna la untuk satu ayat terus. sekejap-sekejap 'and', lepas itu 'and then'. Susah sangat ke daripada 'So' kepada 'Jadi' ????? *sengal* (maaf sedikit beremosi)

sedikit pembetulan.
"ok,Baiklah, hari ni kitorangk kami akan present pasal membentangkan satu tajuk, yang agak hangat nowadays, which is pasal iaitu keadaan Malaysia pada hari ni. ok,Baiklah kalau kita dapat lihat, remaja skang ni dewasa ini sangat mudah terjebak dengan gejala sosia seperti munim arak, clubbing,berhibur tanpa batasan,dan sebagainyaand all those stuff la kan. so, from our point of view,Pada sisi pandangan kami, perkara ni sangat tak patut membimbangkan and we have to stop it dan harus segera dirawat sebelum ianya menjadi parah. and then, Sebagai tambahan, kerajaan mesti berperanan lah. buat kempen kesedaran, ceramah and also dan juga berperanan melauli media massabuat macam program tv show ah..and..bla..bla..bla..."
(kan sedap bunyinya..)


Situasi 2
Wahai para penyampai ilmu Allah, tolonglah guna bahasa Malaysia yang sempurna.Tolonglah jangan guna terma-terma bahasa Inggeris tak tentu pasal apabila bahasa Malaysia masih boleh digunakan. Tolonglah, kerana kesengalan di situasi 1 tadi masih belum sembuh!!

Situasi 3
Ini merupakan kesengalan teragung. Maaf cakap lah, tapi kebanyakannya semua melayu tulen. Kalau ada darah campur pun, Jawa dari gaya mukanya. Kalau tak pun, Bugis. Habis jauh Siam. Maka janganlah berlagak macam mat salleh, seolah-olah perkataan AKU, KAU, SAYA,AWAK,KAMU tidak diajar di sekolah rendah! Cuba bayangkan cikgu-cikgu mat salleh cakap
 "AKU think we should not do this. How ENGKAU feel, should we continue or not? AKU don't think so. Just like ENGKAU." 
Hah macam mana? rasa macam nak pukul laju-laju je kan????
Sengal tak tertahan.

Situasi 4
Apabila anda beragama Islam, maka gunalah Astaghfirullah, Masyaallah, Subhanallah.
God itu sangat umum, sedangkan Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga."
-Sahih Bukhari.

Cintailah bahasa kita, kerana bahasa jiwa bangsa!

Thursday, September 23, 2010

Sungguh, buku ni tak jiwang!

Dengan nama Allah, Tuhan  yang aku cintai.

Maha suci Allah, tuhan yang menggerakkan tangan ini untuk meminjam buku Munajat Cinta di Resource Centre.
Dibelek muka surat pertama, masyaAllah, sungguh indah penulisan Taufiqurrahman al-Azizy ini. Bait-bait kata, serta pemilihan kosa kata yang digunakan, cukup membuatkan aku merasa bangga mempunyai bahasa ibunda yang sungguh indah.

"Tertawan jiwaku oleh kenyataan pahit, dan tergadai diriku oleh kebimbangan. Adakah kelawar jantan itu sedang mencari betinanya, yang merindui sebuah musim untik beranak-pinak? atau apakah dia seekor betina, yang sedang menanti jantan dalam kekeringan dahaga cinta? Walau sendirian, sang kelawar terbang tanpa beban dan dalam kelimpahan kebebasan; sedang jiwaku terbelenggu dan menjadi tawanan ketidak pastian"

Kulit depannya sudah cukup untuk memberikanku satu buah fikir,
 'buku ini pasti menceritakan perihal cinta islami lagi! tidak cukup dengan ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, kitab cinta yusuf dan zulaikha, sekarang munajat cinta pula?'
aku gagahkan jua diri ini, untuk meminjamnya.
munajat cinta


Satu jam pertama membacanya, aku mula hairan. 
'bila akan muncul si laki-laki alim yang bakal menawan hati Ruwayda ni?'
Maka muncul satu nama, Budi.
'wah, ini pasti si alim nya!' bisik hati ini.
eh, hanya satu bab nama Budi disebut?
disusuli pula nama Ustaz Adib. Kusangka nah, ini dia hero cinta islami.
eh, bukan juga?
Amir, Hassan, Pras, juga bukan?

Baru aku sedar, bahawa Taufiqurrahman al-Azizy bukan mahu menyampaikan mesej cinta klise antara dua jiwa lelaki dan wanita, tetapi sebuah pencarian seorang wanita untuk mengenal dirinya, sebagai rukun dan syarat wajib cinta kepada Rabb, yang maha menciptakan.

"Sebelum kau bunuh diri, temukanlah jati dirimu."

"jati diri apa yang harus kucari?" tanyaku di tengah nafas yang hampir putus.

"siapakah engkau?"

"Ayda...Ruwayda nama saya," jawabku, lugu.

"Bukan! siapakah dirimu?!"

"siapakah saya?"

"Dirimu yang bukan namamu?"

"saya adalah puteri sulung daripada tiga bersaudara."

"dirimu yang bukan menjadi saudari adik-adikmu?"

"sungguh, saya tidak mengerti ucapan ustaz.Saya adalah puteri Pak Mansur dan Bu Layla...."

"dirimu yang bukan puteri kedua-dua orang tuamu?"

"aduhai guru saya yang bijaksana. kenapa ustaz bertanya kepada diri yang tengah dilanda kepedihan ini dengan pertanyaan yang semakin mebuat saya putus asa?"

"Siapakah dirimu dihadapan Allah s.w.t?"

"saya makhluk yang diciptakanNya."

"Bukan!"

"Katakan, ustaz...siapakah saya?"

"saya tidak tahu." jawab ustaz Habiburrahman.

"walau saya tidak tahu, saya tahu bahawa apabila engkau sudah mengenali dirimu, maka engkau akan mendapat kemuliaan dan kebahagiaan melebihi kemuliaan dan kelebihan yang pernah engkau rasakan dan pernah dimiliki oleh orang tuamu..."

"Ke mana saya mencarinya?"

"ikutlah nuranimu.."

maka Ruwayda pun pergi berhijrah, untuk 'bertemu' tuhannya.

aku cukup tertarik dengan tiga karakter di dalam buku ini.

Ustaz Habiburrahman, Pak Burhan, dan Raudhotul Jannah. mereka memiliki jiwa yang tenang, lisan yang basah memuji tuhannya, iman yang cantik, dan kebijaksanaan dalam tutur kata.

Bacailah ia, terutamanya para muslimah. Buku ini sarat dengan persoalan-persoalan yang aku sendiri tidak mampu jawab.

mengapa tiada nabi itu perempuan?
adakah mahar itu tanda kekuasaan lelaki terhadap wanita?
kalau lelaki dan wanita itu tidak sama, adakah tuhan itu adil?
adakah wanita itu semakin ia tidak keluar rumah, semakin baik lah ia?
apa benar perempuan itu lemah, kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok?
adakah wanita itu tidak berhak untuk bersuara dalam kalangan lelaki?
adakah dunia luar itu hanya untuk lelaki?
siapakah dirimu di sisi tuhan???

juga diselitkan oleh penulis dengan beberapa isu penting.

kumpulan ekstrim, yang menggangap mereka sahaja di dalam manhaj dan fikrah yang diterima Allah.
golongan feminis yang kononnya ingin mengembalikan hak wanita yang tertindas dalam Islam.

"Sudahkah engkau bertemukan dirimu Ayda?"

"Sudah, ayah. InsyaAllah..."kujawab dengan terbata-bata.

"Jadi, siapa dirimu?"

"Saya bukan siapa-siapa. Saya tidak tahu."

"Alhamdulillah, kalau begitu. Apakah yang engkau lihat sekarang?"

"Saya melihat kebenaran firmannya bahawa Dia telah menciptakan manusia dengan seindah-indahnya. Sayang sekali, keindahan ini sering kali dibuat buruk oleh manusia itu sendiri..."

Aku sangat menggalakkan sahabat di luar sana untuk membaca buku ini.

Kenalilah dirimu, untuk mengenali siapa tuhanmu.

Bacalah, dengan nama tuhanmu yang menciptakan!


Saturday, September 11, 2010

Raya ku bukan Raya mu

Assalamualaikum dan salam aidil fitri.

alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan.
sebulan menjalani latihan. semestinya latihan ini lagi seronok daripada PLKN, tetapi lebih susah. Seronok kerana ianya bulan yang penuh berkat, tak cerita di sini pun semua orang dah tahu kan?
yang susah nya apabila nak di pastikan ianya adalah ramadhan yang terbaik.
tadabbur quran habis,
sedekah banyak,
qiamullail,
banyakkan amalan-amalan sunat
dan sebagainya.

tapi ianya sudah berlalu. nak menyesal pun tak guna, nak enjoy berlebih-lebih pun tak boleh.

nak dijadikan cerita........

27 Ramadhan 1431

adik mithali  : kakzirah, awak tau tak, tadi umi call, cakap kali ni kita raya kat terengganu.

kakzirah       : hah???!!!!!

adik mithali  : betul, baru je tadi umi call.

kakzirah       : kenapa kat ganu??

adik mithali  : entah.kakzirah, orang ada idea.

kakzirah       : apa??

adik mithali  : jom lari rumah.kita raya kat kl. (muka teruja)

kakzirah       : bengong. (dia buat muka)
 
buat pertama kali dalam sejarah seorang Che Ku Azri, 1 syawal  akan disambut jauh dari kuantan. Terengganu.
oh ya, dua beradik tadi tak jadi lari rumah. gila ke apa.

30 Ramadhan 1431

si bapa     : jom kita ronda-ronda kampung ni, jumpa sedara mara awak.

3beradik   : ala ku, dah malam ni. malasnye......

si bapa     : jom jom jom. jangan banyak bunyi.

3beradik   : (dengan tidak relanya turun daripada rumah kayu itu mengikuti bapa mereka.) 
                       'lawatan sosial' *bisik si adik lelaki*

habis satu kampung kami redah. rupa-rupanya semua yang ada di kampung Raja Tepoh ni boleh dikatakan ada pertalian darah. macam-macam rumah makcik kami pergi.
mok long,
ku tik,
ku mek.
pelik nama-nama nya? haha.. ada lagi yang nenek selalu sebut. ku long, ku jaroh, che engga, mok nik, dan banyak lagi nama-nama pelik. saya sendiri pun heran.

apa-apa pun lawatan sosial malam sebelum raya itu agak seronok.
rata-rata mereka ingat mati. bagus, mereka orang yang bijak. siapa cakap? nabi Muhammad yang cakap. 

dan lagi satu yang menarik adalah mereka mengadakan pertandingan rumah paling meriah dengan pelita. dan ini antara gambar yang sempat saya ambil guna Nokia E90. sangat tak sesuai untuk night vision.

teringat zaman muda


fuhh. semangat

maaf untuk kualiti gambar yang sangat teruk
1 Syawal 1431

Kami pun beraya seperti biasa.
dan berangkat pulang.
dah, malas nak cerita panjang.

Khulasahnya,

saya baru tahu nama moyang dan bapa kepada moyang saya.
ok, kalau buat macam orang arab,nama saya akan berbunyi seperti berikut.

Che Ku Azri Hakim ibn Che Ku Hamzah ibn Che Ku Ngah ibn Che Ku Itam ibn Raja Jusoh.

wow. saya dah agak, darah bangsawan mengalir dalam diriku ini. haha.

kenapa daripada 'Raja' jadi 'Che Ku' ?? 

nenek saya pun tak tahu. saya apatah lagi.

oh ya, saya panggil bapa saya 'ku'. ada yang panggil 'engku'.
ini menguatkan lagi kami yang bernama Che Ku ini memang berdarah bangsawan.
teori kami adik beradik,

"Raja Tepoh telah dibuang istana, dan ditempatkan di sebuah kampung yang terpencil. Raja Tepoh kemudiaannya membina kehidupan baru, dan kampung itu dinamakan Kampung Raja Tepoh, dan yang tinggal di dalamnya adalah kaum kerabat baginda.
termasuklah Raja Jusoh dan keturunannya"


dan satu lagi, bila balik kampung, ada tiga makhluk yang sering menghantui diri ini.

1) Lembu
2) kambung
3) Ayam.

setiap kali nampak makhluk-makhluk ini dan spesis yang seangkatan dengannya, saya dan adik beradik lain akan menjauhi mereka.
kenapa?
lembu macam nak kejar.
kambing macam nak tanduk.
ayam macam nak patuk.
ok, noktah!

huh. mereka sangat menakutkan
sekian sahaja coretan raya diri ini.

dan satu lagi, bulan pada malam ini, 2 Syawal 1431 sangat cantik!
subhanallah!
(maaf lah kerana nokia E90 ini kameranya sangat tidak secanggih sony errickson)

atas bulan ada bintang, sangat cantik tak pernah lihat...

taqabbalallahu minna wa minkum!

selamat hari raya!






Monday, September 6, 2010

Biarlah Kami Nak Syok Sendiri Pun




Bismillahirrahmanirrahim..

MUSCOM tercinta!

Muslim Youth Camp


jejaka-jejaka myc

slot riang-ria
sejuk!!!

chef ramadhan


durian!
titian yang mengerikan! 

muscom blood donation

saya takut jarum..

darah 'O' si hamizan..haha
muscom book sale

sebelum

sebelum (2)

semasa

selepas..fuhh..
pesta durian ajk muscom

durian best!

durian some more!

bazaar ramadhan 

sungguh kreatif..ke, malas??

alhamdulillah, dapat sambutan

majlis fikir

tulang belakang gerakan islah

junior best!

biar lah orang nak cakap apa,
kami tetap akan teruskan,
bermujahadahlah!























Wednesday, August 25, 2010

Kalaulah Ianya Semudah Itu

Bismillahirrahmanirrahim..
Kalaulah Ianya Semudah Itu..

Kalaulah memaafkan itu semudah memarahi
hidup ini tidak kusut.
Kalaulah bersangka baik itu semudah membenci,
sudah tentu hati ini terasa lapang.
Kalaulah berkongsi itu semudah mementingkan diri,
mesti rasa lebih bahagia.
Kalaulah merendah diri itu semudah sombong,
sudah tentu terasa gembira.
Kalaulah bersyukur itu semudah merungut,
hidup tentu lebih mudah.
Kalaulah ikhlas itu semudah riya',
tidaklah diri menjadi alpa.
Kalaulah salam itu semudah buat tak tahu,
pasti ramai yang senangi.

Namun hakikatnya,
hidup ini bukan destinasi; ianya sebuah perjalanan.
perjalanan ini tidak akan dihamparkan dengan karpet merah,
jalannya penuh berduri, bukan dilimpahi jambangan kasturi.
sabarlah wahai da'ie, sabarlah..

Kerana...

 Kalaulah Ia semudah Itu,
Nescaya Syurga bukan Milikmu...